EZYCASH-i KOPERASI TENTERA (Semakan Permohonan Pembiayaan)

EZYCASH-i KOPERASI TENTERA (Semakan Permohonan Pembiayaan)

EZYCASH-i KOPERASI TENTERA

Kepada ahli koperasi tentera yang ingin membuat pembiayaan, anda boleh membuat permohonan pembiayaan EzyCesh-i yang tersedia melalui Koperasi Tantera. Disini kami akan kongsikan mengenai pembiayaan ini, semoga membantu.

 

APA ITU EZYCASH-i KOPERASI TENTERA

EzyCash-i merupakan satu kemudahan pembiayaan segera yang disediakan oleh Koperasi Tantera bagi ahli-ahlinya yang layak. Pihak Koperasi Tentera menyediakan penyelesaian perbankan patuh Syariah yang dibuat khusus untuk memenuhi keperluan individu anda dan berpandukan prinsip Islam yang kukuh.

 

JENIS PEMBIAYAAN KOPERASI TENTERA

Berikut adlaah merupakan antara jenis pembiayaan yang tersedia emlalui koperasi tentera iaitu:

  • EzyCash-i
  • Pembiayaan Peribadi Berpenjamin
  • Pembiayaan Peribadi Tanpa Penjamin
  • Pembiayaan Ekspres
  • Pembiayaan Ekspres 2
  • Pembiayaan Ekspres 3
  • Pembiayaan Yuran Koperasi Tentera
  • Pembiayaan Takaful & Cukai Jalan

 

CIRI-CIRI EZYCASH-i KOPERASI TENTERA

Berikut adalah merupakan ciri-ciri pembiayaan ini iaitu:

  • Jumlah Pembiayaan
    • Bermula daripada RM 100 kepada maksimum RM 1,000 atau 90% daripada jumlah yuran terkumpul (mana yang lebih rendah)
  • Tempoh Pembiayaan
    • Maksimum sehingga 31 hari sahaja berdasarkan tarikh penerimaan gaji yang berikutnya.
  • Kadar Keuntungan
    • Tiada
  • Tempoh Pemprosesan
    • Satu (1) hari bekerja

 

SYARAT KELAYAKAN EZY CASH-i KOPERASITENTERA

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pembiayaan ini iaitu:

  1. Terbuka kepada semua anggota yang masih berkhidmat
  2. Pemohon telah membayar yuran bulanan untuk tempoh minimum iaitu 6 bulan (bagi anggota baharu) atau 12 bulan (bagi kemasukan semula). Keanggotaan telah disahkan dalam tempoh yang sama.
  3. Jumlah pinjaman dicagarkan kepada yuran anggota.
  4. Dua belas (12) permohonan dalam setahun dibenarkan- satu permohonan setiap bulan.
  5. Bayaran balik pinjaman perlulah dibayar melalui tunai dikaunter atau pindah masuk pada tarikh yang telah ditetapkan.
  6. Sekiranya terdapat tunggakan bayaran, yuran yang dicagar akan digunakan bagi penyelesaian pinjaman.
  7. Sekiranya penyelesaian pinjaman melalui yuran yang dicagar telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dalam setahun, anggota hilang kelayakan untuk memohon pinjaman ini untuk tempoh dua belas (12) bulan akan datang bermula dari kali pertama pinjaman anggota tersebut diluluskan.
  8. Pinjaman bertindih tidak dibenarkan.

 

FI & CAJ EZY CASH-i KOPERASI TENTERA

Berikut adalah merupakan Fi dan caj yang akan dikenakan iaitu:

  • Caj Perkhidmatan : RM 10 bagi setiap permohonan
  • Duti Setem : RM 5.00 bagi setiap permohonan

 

CARA PERMOHONAN EZ YCASH-i KOPERASI TENTERA

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan Koperasi Tentera yang terdekat atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan KT di talian 03-2303 0000.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan Ezy Cash-i, anda boleh melayari portal rasmi Koperasi Tentera 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment