IPPAS 2022 (Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor RM300)

IPPAS 2022 (Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor RM300)

IPPAS

Kepada golongan asnaf terutamanya di Ngeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan pada tahun 2022, anda layak untuk menerima Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) daripada Zakat Selangor (LZS). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU IPPAS

Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS) adalah insentif yang ditawarkan hanya kepada asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar LZS yang mendapat pekerjaan pada tahun 2022 sahaja. Pelaksanaan insentif ini adalah sebagai memberi galakan kepada para asnaf di Negeri Selangor yang telah mendapat pekerjaan pada tahun ini.

 

SEMAKAN  KELAYAKAN Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor

Syarat Umum

  • Syarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang memohon insetif ini adalah asnaf tersebut mestilah Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar LZS sahaja.

Syarat Permohonan

  • Insentif diberikan adalah tertakluk kepada bajet tahunan semasa yang diperuntukan oleh Lembaga Zakat Selangor.
  • Bidang pekerjaan yang dilakukan perlulah patuh syariah dan tidak melanggar hukum syarak.
  • Permohonan adalah berbentuk one off (sekali sahaja) dalam tempoh 3 tahun bagi seorang pemohon. (Kecuali bagi kes-kes tertentu yang dianggap munasabah oleh LZS).
  • Pemohon berulang (yang memohon lebih sekali bagi tempoh 3 tahun) perlu mengikuti sesi kaunseling dan mendapatkan surat pengesahan kaunseling daripada LZS.
  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses bagi permohonan insentif ini.

 

TARIKH PERMOHONAN Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor

Permohonan insentif ini boleh dibuat mulai kini sehingga 30 September 2022.

 

KADAR INSENTIF Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor

Penerima yang layak akan meneri kadar insentif sebanyak RM300.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda sediakan dokumen sokongan seperti berikut untuk dimuat naik semasa membuat permohonan:

  • Kad pengenalan pemohon.
  • Kad pengenalan ketua keluarga.
  • Surat tawaran bekerja.
  • Surat pengesahan bekerja.
  • Penyata akaun bank pemohon.
  • Surat pengesahan kaunseling bagi permohonan berulang (jika berkenaan sahaja).

CARA PERMOHONAN IPPAS

Kepada golongan asnaf yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor (IPPAS)
  2. Lengkanpkan segala maklumat yang diperlukan
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Setelah lengkap mengisi, klik Submit untuk menghantar permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut, anda boleh merujuk saluran berikut:

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN DANA BANTUAN GUAMAN PERCUMA KES SIVIL SELANGOR (DBGS)

3 thoughts on “IPPAS 2022 (Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor RM300)”

Leave a Comment