PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK MAIPk (Semakan Status maiamp.gov.my)

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK MAIPk (Semakan Status maiamp.gov.my)

BANTUAN ZAKAT PERAK

Kepada warga Perak khususnya berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan, anda boleh membuat permohonan Bantuan Zakat Perak melalui MAIPk. Disini kami akan kongsikan maklumat dan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

 APA ITU MAIPk

Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berfungsi  menganjur, mendorong, membantu dan berusaha meningkatkan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat islam berpandukan hukum-hukum Syarak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

 

OBJEKTIF MAIPk

  • Memartabatkan Intitusi zakat melalui sistem pungutan dan agihan yang berkesan
  • Mentadbir harta baitulmal dan wakaf bagi tujuan membangunkan sosioekonomi dan menandatangani kemaslahatan ummah
  • Menjana kualiti perkhidamtan, budaya kerja cemerlang dan dinamik serta pengurusan yang sistematik dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi secara maksimum.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ZAKAT PERAK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan umum yang telah ditetapkan:

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia (kecuali Ibnu Sabil).
  • Bermastautin di Negeri Perak.
  • Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin / Muallaf / Ibnu Sabil / Fisabilillah / Ghorimin (tertakluk had kifayah).

 

SENARAI BANTUAN ZAKAT PERAK

Berikut adalah merupakan senarai bantuan yang tersedia beserta borang permohonan:

NOMBOR BORANGSKIMPROGRAM
11) SKIM BANTUAN KECEMASAN / SEGERA
2) SKIM BANTUAN PERUBATAN
3) SKIM BANTUAN HEMODIALISIS
4) SKIM BANTUAN BINA RUMAH
5) SKIM BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
6) SKIM BANTUAN KEWANGAN BULANAN
7) SKIM BANTUAN PENYELESAIAN HUTANG
8) SKIM BANTUAN BENCANA
9) SKIM BANTUAN TAMBANG PERJALANAN DOMESTIK
PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL
21) SKIM BANTUAN HARI RAYA
31) SKIM BANTUAN AM PELAJARAN
2) SKIM BANTUAN DERMASISWA DALAM / LUAR NEGARA
3) SKIM BANTUAN TAMBANG PERJALANAN PERGI SEHALA / BALIK SEHALA
4) SKIM BANTUAN DERMASISWA PELAJAR TAJAAN/ BANTUAN AM (MESIR DAN JORDAN)
PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
41) SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN
51) SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL
61) SKIM BANTUAN MODALPROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI
71) SKIM LATIHAN DAN KURSUS PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ASNAF
81) SKIM LATIHAN KEMAHIRAN ASNAFPROGRAM PEMERKASAAN INSAN

NOTA: Borang ini tidak tertakluk kepada Bantuan Am Pelajaran. Bagi tujuan tersebut sila layari pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK

Kepada pemohon yang berkelayakan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAIKp dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
  2. Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
  3. Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
  4. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.

 

SENARAI CAWANGAN MAIPk

Untuk mengetahui senarai cawangan berhampiran, anda boleh merujuk pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/index.php/korporat/pejabat-pentadbiran-daerah.html

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenau bantuan zakat Perak, sila layari website rasmi Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Melayu Perak (MAIPk ) di pautan https://www.maiamp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN ( PINJAMAN PERUMAHAN B40)

5 thoughts on “PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PERAK MAIPk (Semakan Status maiamp.gov.my)”

  1. NAMA SAYA HENG MENG LAI I/C 690318085333 TEMPAT LAHIR TANJONG PIANDANG,KERIAN ,PERAK.SEKARANG SAYA BELAJAR DI KAMPUS POLITEKNIK SEBERANG JAYA .KHUSUS PROGRAM DIPLOMA ELEKTRIK & ELEKTRONIK SURAT TAWARAN TAHUN 2022.SAYA DATANG DARI KELUARGA B40 .SAYA INGIN MINTA BANTUAN YAYASAN PERAK. SUPAYA SAYA BOLEH SAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT IPT.

    Reply
  2. NOS TELEPHONE 0195059550 SAYA MOHON YAYASAN PERAK BOLEH TOLONG SAYA RINGANKAN SARA HIDUP.SAYA AKAN HANTAR DOCUMENT ASAL COPY ORIGINAL KE PEJABAT ANDA NANTI.SEKIAN TERIMA KASIH.HARAP MAKLUM.

    HENG MENG LAI,0195059550
    690318085333

    Reply
  3. ALAMAT SAYA NO.1 JALAN SERI MAKLOM ,13200 TANAM MAKLOMM, SUNGAI PUYU, BUTTTERWORTH, PULAU PINANG.MALAYSIA.SAYA HARAP TUAN BOLEH TOLONG SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH.0195059550 HENG MENG LAI 690318085333

    Reply

Leave a Comment