SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2021 telah dibuka oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Program tahunan ZPP ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam persediaan persekolahan anak-anak yang masih bersekolah, terutama sekali dalam keadaan norma baharu akibat penularan wabak pandemik COVID19.

Serba Sedikit Tentang Bantuan Awal Persekolahan Oleh Zakat Pulau Pinang, MAINPP

  • Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 bagi meringankan beban asnaf di negeri ini.
  • Tujuan bantuan ini adalah untuk memberi bantuan kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Baca juga tentang SYARAT & CARA PERMOHONAN PTPTN ONLINE 2020/2021

SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Awal Persekolahan oleh Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon adalah pemastautin atau penduduk di Negeri Pulau Pinang.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak yang bersekolah.
  4. Sekolah rendah murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja (Sesi persekolahan 2021).
  5. Sekolah menengah pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bawah (Sesi persekolahan 2021).
  6. Prasekolah dan tadika tidak dipertimbangkan.
  7. Kelayakan bilangan anak bersekolah dan pendapatan kasar isi rumah adalah seperti berikut:
  8. 2 orang anak – RM1,500 dan ke bawah
  9. 3 orang anak – RM2,000 dan ke bawah
  10. 4 orang anak & ke atas – RM2,500 dan ke bawah

Cara Permohonan

Jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, jangan sila buat permohonan melalui cara berikut.

  1. Borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan ini boleh diambil di kaunter Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang berhampiran bermula 21 SEPTEMBER 2020 (Isnin).
  2. Sila rujuk lokasi Pusat Zakat Pulau Pinang yang terdekat anda melalui alamat INI:
    • Bandar Perda
    • Butterworth
    • Kepala Batas
    • GeorgeTown
    • Nibong Tebal
    • Bayan Baru
    • Balik Pulau
    • Ayer Itam
  3. Borang yang lengkap diisi perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada 30 OKTOBER 2020 (Jumaat).

Waktu Urusan di kaunter Zakat Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • Isnin – Khamis (8.30 pagi – 4.30 petang)
  • Jumaat (8.30pagi – 12.30Tengahari) (2.45 petang – 4.30 petang)
  • Sabtu dan Ahad – Cuti

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi memudahkan pemprosesan permohonan, sila lampirkan maklumat berikut semasa menghantar borang.

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan slip gaji / pengesahan pendapatan
  • Surat pengesahan pihak sekolah
  • Salinan surat cerai / kematian (jika berkenaan)

Maklumat Lanjut

  • Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan atau mana-mana bantuan Zakat Pulau Pinang, sila layari http://www.zakatpenang.com/
  • Hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel [email protected]
  • Hubungi talian 04-549 8088 / 1 300 88 8808 (Hotline)

Dapatkan info terkini tentang Bantuan Zakat Pulau Pinang melalui Facebook Zakat Pulau Pinang di pautan berikut: www.facebook.com/zakatpenang

Leave a Comment