SYARAT AM & CARA PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA DI PUTRAJAYA & KL : WILAYAH BEBAS BERNIAGA

SYARAT AM & CARA PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA DI PUTRAJAYA & KL : WILAYAH BEBAS BERNIAGA

SYARAT AM & CARA PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA DI PUTRAJAYA & KL : WILAYAH BEBAS BERNIAGA

Mulai 15 Nov sehingga 15 Apr, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai ‘Wilayah Bebas Berniaga’, di mana dalam tempoh 6 bulan atau PKP Bersyarat.

Pihak DBKL membenarkan dan mengalakkan rakyat yang ingin menjaja atau berniaga kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang selamat dari lalulintas, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan secara PERCUMA dengan lesen penjaja sementara.

Baca juga tentang CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

SYARAT AM & CARA PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA DI PUTRAJAYA & KL : WILAYAH BEBAS BERNIAGA

CARA PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA

  • Permohonan lesen penjaja sementara Putrajaya selama 6 bulan (Nov 2020 – April 2021) boleh diisi secara online.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

  1. Permohonan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya boleh di muat turun melalui link : https://bit.ly/38AzkAI
  2. Permohonan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/Forms/Borang%20Lesen%20Sementara%20KL%20Prihatin%201.pdf

CARA MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Borang yang telah siap diisi boleh dipos kepada :

  • Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Atau Emel kepada : [email protected]
  • Sebarang pertanya boleh terus menghubungi : 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231

Lokasi penghantaran borang:

  1. Lokasi awam/persendirian – hantar di pejabat cawangan DBKL mengikut parlimen
  2. Lokasi di Projek Perumahan Awam (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang diselia oleh DBKL – hantar di pejabat zon perumahan yang berdekatan.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Salinankadpengenalan
  • Pelan lokasi
  • 1 gambar lokasi
  • Surat kebenaran pemilikt anah/bangunan/kompleks (jika berkaitan)

TARIKH PERLAKSANAAN WILAYAH BEBAS BERNIAGA

  • Boleh bermula 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa 6 bulan berkaitan.

SYARAT AM PERMOHONAN BAGI WILAYAH PUTRAJAYA

  1. Hanya Warga /Penduduk PUTRAJAYA SAHAJA
  2. Perlu mengisi Borang Permohonan Penjaja Kecil Sementara (Borang PKS6B)
  3. Mematuhi Garis Panduan Zon Penjaja Sementara Putrajaya.
  4. Perlu mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik bangunan / tapak / lokasi
  5. Hanya Jualan kering dan makanan siap bungkus sahaja
  6. Bersetuju Mematuhi Konsep Take Away sahaja
  7. Tiada aktiviti memasak / menggoreng di tapak
  8. Perlu memohon lessen Penjaja Sementara dengan melayari (https://elesen.ppj.gov.my )
  9. Tidak menimbulkan kacauganggu lalulintas/ trafik.
  10. Mengutamakan keselamatan pelanggan.
  11. Memastikan kebersihan tapak berniaga sepanjang tempoh beroperasi.
  12. Waktu perniagaan ditamatkan jam 10.00 mlm (arahan semasa MKN)

Ketahui juga tentang PERMOHONAN RAYUAN BPN ONLINE

MAKLUMAT LANJUT

Leave a Comment