CARA LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER (Ambil Gambar & Hashtag)

CARA LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER (Ambil Gambar & Hashtag)

LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR

Kepada rakyat Selangir yang ingin melaporkan kerosakan jalan raya di seluruh Negeri Selangor, kini anda boleh melaporkannya dengan menggunakan Twitter. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara laporkan kerosakan jalan di Selangor, semoga membantu.

 

PROSES LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER

Berikut merupakan proses yang akan dilaksanakan sekiranya aduan dibuat melalui Twitter:

  • Menurut Menteri Besar Selangor, cara ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membolehkan proses memantau, mengenalpasti dan membaiki jalan rosak dapat dengan lebih pantas dan berkesan.
  • Proses ini akan diambil tindakan oleh Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar untuk memastikan jalan yang rosak dapat segera di perbaiki di Negeri Selangor.
  • Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar merupakan sistem yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 16 Mac 2022 bagi mengenal pasti aduan serta maklumat kerosakan jalan raya di negeri tersebut.
  • Inisiatif ini diharap memudahkan rakyat membantu Kerajaan Negeri meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya melibatkan penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

 

PROSES PEMBAIKKAN JALAN SELANGOR

Berikut adalah merupakan proses pembaikkan jalan selepas aduan diterima:

  • Setiap aduan yang diterima menerusi Twitter akan ditapis dan disemak secara automatik.
  • Ini bagi mengenalpasti sama ada jalan di bawah Infrasel, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kerja Raya sebelum proses pembaikan dijalankan.

 

CARA BUAT ADUAN LAPORKEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER

Sekiranya anda ingin melaporkan kejadian kerosakkan jalan yang berlaku di seluruh kawasan Negeri Selangor menerusi Twitter, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Ambilkan gambar terkini kerosakkan jalan yang telah anda kenalpasti
  2. Kemudian buka aplikasi twitter anda
  3. Laporkan di Twitter anda.
  4. Sertakan hashtag seperti berikut:
    • #INFRASEL
    • #NAMADAERAH
    • #NAMAJALAN

 

CONTOH LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER

Berikut adalah merupakan contoh untuk membuat laporan menerusi Twitter

  1. Muat naik gambar kerosakkan jalan di Selangor yang anda kenal pasti
  2. Masukkan aduan anda contoh:
    • Saya ingin melaporkan jalan berlubang di Damansara Damai. Mohon pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan susulan. Terima Kasih. #Infrasel #Petaling #JalanPJU10/1C

Nota: Pastikan # diletakkan nama daerah dan nama jalan yang betul.

 

 

ARTIKEL LAIN

Cara Semak Cukai Tanah Selangor (Bayar ehasil.selangor.gov.my)

 

2 thoughts on “CARA LAPOR KEROSAKAN JALAN SELANGOR GUNA TWITTER (Ambil Gambar & Hashtag)”

  1. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN BORANG UNTUK MENJADI SUKARELAWAN BUKAN KESIHATAN MyVaC. BOLEHKAN PIHAK TUAN MENGHANTARKANNYA KEPADA SAYA KERANA SAYA BERMINAT.

    Reply

Leave a Comment