CARA RENEW LEASEHOLD PROPERTIES MALAYSIA (Kira Berapa Premium Kena Bayar)

CARA RENEW LEASEHOLD PROPERTIES MALAYSIA (Kira Berapa Premium Kena Bayar)

RENEW LEASEHOLD

APA ITU HARTANAH FREEHOLD,HARTANAH LEASEHOLD?

Sebelum beli rumah, elok juga anda tahu tentang perbezaan antara hartanah freehold vs leasehold di Malaysia. Apa yang saya nak beritahu dalam artikel ini sangat penting

Saya nak ingatkan bila  sebut freehold atau leasehold ni merujuk kepada hartanah yang dah ada geran individu atau strata.

Hartanah Freehold- bermaksud milikan tanpa had tempoh. Atau dengan kata lain diberi untuk selama-lamanya kepada pemilik.

Hartanah Leasehold-bermaksud milikan hartanah diberi untuk suatu tempoh .Biasaya 99 tahun.

Anda akan memperoleh sijil Hak Milik Tanah sebagai dokumen pembelian anda semasa membeli sebidang hartanah atau tanah.

Kerajaan Malaysia mengeluarkan sijil melalui Pejabat Tanah.

Hak Milik Tanah, atau ‘geran’, merangkumi maklumat mengenai suatu tanah / hartanah, termasuk sama ada ia adalah leasehold atau disewa, serta baki tempoh leasehold.

 

KALAU TEMPOH PAJAKAN TAMAT?

Jika tempoh leasehold tamat , kerajaan akan ambil semula tanah .Namun anda masih boleh panjangkan semula tempoh sebelum tempoh asal tamat.

Bila tamat tempoh pajakan tu, secara teknikal anda dah tak boleh duduk di tanah tersebut. Tanah tu bukan lagi anda punya. Dah jadi kerajaan punya.

Anda boleh memohon untuk memanjangkan tempoh leasehold yang dah tamat. Anda bayar premium dan panjangkan tempoh tu naik ke 99 tahun semula.

Keputusan untuk luluskan permohonan anda bergantung kepada tuan tanah . Boleh jadi semasa anda mohon mereka ada perancangan lain.

Misalnya mereka fikir nak zon semula kawasan anda jadi tanah komersial. Dalam situasi ini, permohanan boleh jadi ditolak.

Saya secara personal belum pernah dengar lagi permohonan untuk panjangkan tempoh ni ditolak. Terutama hartanah dalam zon kediaman.

 

PERKARA PENTING UNTUK LANJUTAN LEASEHOLD DI MALAYSIA (RENEW LEASEHOLD)

  • Sekiranya anda memiliki hartanah strata, termasuk kondominium atau unit apartment servis, permohonan untuk melanjutkan leasehold harus dilakukan oleh Perbadanan Pengurusan (MC) atau Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan resolusi sebulat suara oleh semua penduduk. Ini kerana semua pemilik di bangunan / kawasan ini mempunyai hak milik individu (bukan hak milik induk) dan setiap pemilik hartanah perlu membayar lanjutan leasehold.
  • Sekiranya anda ingin meluaskan hartanah, anda mesti memohon kepada kerajaan negeri di mana hartanah tersebut berada.
  • Lazimnya, anda disyorkan memohon lanjutan apabila tempoh leasehold tinggal sekitar 50 tahun lagi kerana bank mungkin ragu-ragu untuk memberikan pinjaman jika terlalu lewat. Oleh itu, awasi baki tempoh leasehold, terutamanya jika rumah tersebut adalah hartanah waris keluarga anda,
  • Keseluruhan prosedur mungkin mengambil masa antara 1 – 2 tahun atau lebih, bergantung kepada kesibukan Pejabat Tanah.

 

BERAPA PREMIUM LEASEHOLD YANG PERLU ANDA BAYAR?

Anda perlu bayar premium untuk panjangkan semula tempoh pajakan.Kiraan premium berbeza ikut negeri

  1. Untuk hartanah di Kuala Lumpur, bayaran premium ditentukan melalui formula berikut:
    • 1/4 x 1/99 x Harga Pasaran Tanah (RM/sf) x (Tempoh pajakan – baki tahun pajakan) x Luas Tanah (sqft)
  2. Untuk hartanah di Selangor, ada dua opsyen bayaran.
    • Opsyen 1
      • Bayar premium penuh menggunakan formula:
      • 1/4 x 1/100 x Harga Pasaran Tanah (RM/sf) x (Tempoh Pajakan – Baki Tahun Pajakan) x Luas Tanah (sqft)
      • Opsyen 1 beri anda fleksibiliti. Anda boleh jual rumah tersebut pada bila-bila masa.
    • Opsyen 2
      • Bayar RM1000 sahaja untuk panjangkan tempoh ke 99 tahun.
      • Jika anda pilih opsyen 2, suatu kaveat akan diletakkan dalam geran untuk menghalang anda jual rumah kepada pihak ketiga.
      • Andai kata anda buat keputusan nak jual, anda perlu membayar premium penuh pada waktu transaksi.
  3. Formula kira premium ni bergantung kepada harga pasaran hartanah. Kalau harga pasaran tinggi, maka premium pun boleh jadi tinggi.
  4. Tapi jangan terlalu bimbang, kalau harga pasaran tinggi berbaloi untuk perbaharui tempoh pajakan tu. Tanah tu juga mungkin bernilai lebih tinggi lepas dah renew nanti.

 

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK LANJUTAN TEMPOH LEASEHOLD (RENEW LEASEHOLD)

  • Borang permohonan (Borang 12A)
  • Salinan hak milik tanah yang diperakui (boleh didapati dari pejabat pendaftaran)
  • Salinan resit cukai tanah dan cukai taksiran tahun semasa
  • Maklumat peribadi dan tanah,
  • Dua salinan pelan tanah
  • Dua salinan NRIC anda

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT BISNES SUBLET RUMAH(CONTOH PERJANJIAN SUBLET)

Leave a Comment