SPIN TEKUN: SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

SPIN TEKUN: SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN SEKTOR INFORMAL SEHINGGA RM5,000

SPIN TEKUN

Bagi usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Untuk makluman, sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPIN telah dilancarkan oleh Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Objektif pelaksanaan SPIN adalah untuk membantu usahawan yang tidak mempunyai lesen SSM atau PBT bagi memulih dan memulakan perniagaan ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menerusi pelaksanaan SPIN, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan skim ini.

Baca juga tentang CARA DAFTAR MYFUTUREJOBS: PORTAL PERMOHONAN PEKERJAAN (CARA DAFTAR, CARA LOGIN & CARA GUNA PORTAL)

MATLAMAT PEMBIAYAAN

Matlamat pembiayaan SPIN yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:

  1. Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
  2. Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  3. Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
  4. Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
  5. Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

KADAR PEMBIAYAAN

  • Menerusi pembiayaan SPIN, ushawan sektor informal yang layak akan mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000.

TEMPOH BAYARAN BALIK

  • Tempoh bayaran balik yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional bagi pembiayaan SPIN adalah 3 tahun atau 36 bulan.
  • Kadar keuntungan yang ditetapkan pula adalah sebanyak 4% setahun.

SYARAT PEMBIAYAAN

Usahawan yang ingin memohon SPIN perlu memenuhi syarat-syarat pembiayaan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
  3. Pemohon mempunyai bukti perniagaan yang dijalankan.

CARA PERMOHONAN

Usahawan sektor informal yang ingin memohon SPIN perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang-borang berikut.
  2. Isi borang-boranng tersebut dengan lengkap.
  3. Hantar borang-borang tersebut ke pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.

Senarai lokasi pejabat TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk melalui link berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Ketahui juga tentang DANA BANTUAN KASIH NIAGA: SYARAT DAN CARA PERMOHONAN DANA BANTUAN SEHINGGA RM1,000 BAGI USAHAWAN MIKRO DAN PKS

SOALAN LAZIM

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon melalui SPIN?

  • Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah layak memohon SPIN.

Berapa lamakah proses kelulusan SPIN?

  • Proses kelulusan adalah dalam masa 7 hari bekerja.

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

  • Pembiayaan SPIN dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah pembiayaan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Tempatan layak memohon?

  • Layak. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan lesen/permit daripada Majlis Perbandaran Tempatan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai SPIN, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional 03-90588550 atau layari laman web di  https://www.tekun.gov.my

Leave a Comment