SIJIL KURSUS KAHWIN HILANG ROSAK (Semakan & Permohonan Baharu)

SIJIL KURSUS KAHWIN HILANG ROSAK (Semakan & Permohonan Baharu)

SIJIL KURSUS KAHWIN

Semestinya untuk proses perkahwinan berjalncar dengan lancar, anda seharusnya menyediakan segala dokuman yang diperlukan. Tetapi bagaimana sekiranya sijil perkahwinan anda hilang? Perlukan anda ikuti kursus sekali lagi? Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda boleh membuat permohonan kembali sijil Kursus Pra Perkahwinan tersebut. Disini  kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU SIJIL KURSUS KAHWIN

Untuk makluman, bagi melayakkan anda memperolehi Sijil Kursus Pra Perkahwinan, anda dikehendaki hadir ke kursus kahwin dan anda perlu hadir ke semua 6 modul kursus kahwin yang bersamaan dengan 13 jam modul kursus kahwin.

Setiap modul pengajaran akan disampaikan oleh 6 orang tenaga pengajar (penceramah). Dan setiap modul pengajaran akan memerlukan tandatangan anda dan penceramah terlibat.

 

TEMPOH SAHLAKU SIJIL KURSUS KAHWIN

Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang dikeluarkan oleh pihak JAWI ini Tiada Tarikh Luput

 

KADAR BAYARAN SIJIL KURSUS KAHWIN BAHARU

Pemohon perlu menyediakan bayaran RM10 bagi setiap Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang hilang atau rosak.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:-

  • Pengesahan kehadiran daripada Penganjur Pusat Kursus Pra Perkahwinan berkenaan.
  • Surat akuan sumpah (Menyatakan sijil Kursus Pra Perkahwinan telah hilang dalam simpanan).
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang rosak (Bagi mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang baru).

 

CARA PERMOHONAN SIJIL KURSUS KAHWIN BAHARU

Sekiranya anda ingin mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang baru kerana kehilangan atau kerosakkan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pastikan anda mengetahui tarikh atau bulan dan di Pusat Kursus Kahwin mana anda hadiri kursus kahwin dulu.
  2. Buat carian di Google untuk dapatkan nombor telefon pusat kursus kahwin tersebut (jika anda lupa nombornya) atau anda boleh kunjungi pejabat agama tersebut sekiranya berdekatan
  3. Hubungi pusat kursus kahwin tersebut dan nyatakan yang anda telah kehilangan sijil Kursus Pra Perkahwinan anda dan anda perlukan surat pengesahan kehadiran kursus kahwin dari pusat kurus kahwin tersebut.
  4. Pastikan anda memberikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Tarkih atau bulan berapa anda hadir kursus
  5. Setelah anda dapat confirmation yang mereka telah ada maklumat anda hadiri kursus, minta tolong mereka sediakan Surat Pengesahan Kehadiran Kursus tadi dan ambil setelah ianya siap.
  6. Bawa surat tersebut untuk anda buat Surat Sumpah di mana-mana Pesuruh Jaya Sumpah yang berdekatan. Terdapat juga peguamcara atau peguambela yang juga menjadi Pesuruh Jaya Sumpah
  7. Pemohon perlu hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan mengisi borang bagi mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan yang hilang atau rosak.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai cara permohonan semula Sijil Kursus Pra Perkahwinan ini, anda boleh melayari wbsite rasmi Jawi 

 

ARTIKEL LAIN

SIJIL NIKAH HILANG ROSAK (Permohonan Semula & Harga)

1 thought on “SIJIL KURSUS KAHWIN HILANG ROSAK (Semakan & Permohonan Baharu)”

Leave a Comment