SKIM CAKNA SURI 2020: SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

SKIM CAKNA SURI 2020: SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

SKIM CAKNA SURI 2020: SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

Sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam, Kerajaan Negeri Kelantan telah memperkenalkan satu skim bagi menghargai suri rumah di negeri tersebut iaitu Skim Cakna Suri 2020.

Skim ini diperkenalkan bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Selain itu, skim ini diperkenalkan bagi sebagai tanda keperihatinan kerajaan negeri kepada suri rumah yang merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati.

Menerusi Skim Cakna Suri 2020 ini, suri rumah yang layak akan menerima bantuan one-off RM100 daripada kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, jumlah penerima untuk Skim Cakna Suri 2020 ini adalah terhad kepada 150 penerima bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Permohonan dibuka bermula 3 November 2020 iaitu hari Selasa sehingga 24 Disember 2020 iaitu pada hari Khamis.

Baca juga tentang CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

SKIM CAKNA SURI 2020: SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

SYARAT KELAYAKAN

Para suri rumah yang ingin memohon perlu menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:

  • Pemohon mestilah suri rumah sepenuh masa.
  • Pemohon berumur 54 tahun dan ke bawah.
  • Pemohon mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan.
  • Pemohon menetap di negeri Kelantan.
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM1500 dan ke bawah.

CARA MEMOHON SKIM CAKNA SURI

Suri rumah yang berminat untuk memohon boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

SOALAN LAZIM

Jika saya berumur 54 tahun ke atas, adakah saya layak untuk memohon Skim Cakna Suri ini?

  • Tidak. Skim Cakna Suri hanya layak bagi pemohon berumur 54 tahun ke atas sahaja.

Saya menetap di Kuala Lumpur tetapi saya lahir di Kelantan. Adakah saya boleh memohon skim ini?

  • Tidak. Kelayakan bagi skim ini hanya suri rumah yang tinggal di Negeri Kelantan sahaja.

Adakah permohonan perlu dibuat secara online?

  • Ya. Semua permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui link yang telah diberikan.

Jika permohonan saya tidak layak, adakah saya boleh membuat rayuan?

  • Tidak. Semua permohonan akan diproses dan tiada proses rayuan sekiranya pemohonan pemohon adalah tidak diterima atau tidak layak.

Ketahui juga tentang CARA KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BPN 2.0

MAKLUMAT LANJUT

Bagi suri rumah yang mempunyai pertanyaan mengenai skim ini, sila hubungi melalui whatsapp Unit Pembangunan Keluarga di talian 013-983 6915.

Leave a Comment