VIBES 2.0 (Semakan Penyata & Tarikh Jadual Pencen JHEV)

VIBES 2.0 (Semakan Penyata & Tarikh Jadual Pencen JHEV)

JHEV VIBES 2.0

Kepada veteran ATM/veteran tentera,anda digalakkan untuk daftar JHEV untuk memastikan anda tidak tercicir segala skim bantuan veteran ATM. Terkini pihak JHEV ATM juga telah membangunkan satu portal VIBES 2.0(VIBES) bagi kemudahan Veteran ATM membuat pelbagai urusan yang berkaitan perkhidmatan JHEV ATM. Disini kami akan kongsikan cara daftar dan membuat semakan, semoga membantu.


APA ITU JHEV VIBES 2.0

JHEV adalah ringkasan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.JHEV adalah jabatan khas yang ditugaskan untuk menjaga dan bertanggungjawab terhadap veteran tentera.

Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0 merupakan satu portal yang diwujudkan oleh JHEV ATM yang bertujuan memberikan kemudahan kepada veteran tentera untuk menyemak penyata pencen dengan pantas dan dapat menjimatkan masa.

 

KELEBIHAN JHEV VIBES 2.0

Berikut adalah merupakan antara kelebihan portal ini:

  • Memudahkan veteran menyemak sendiri penyata pencen secara atas talian
  • Merupakan sebuah sistem yang mudah dan user-friendly.
  • Memudahkan pihak Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Bahagian Pencen (BP) dan Bahagian Kewangan dan Akaun (BKA) mendapatkan penyata pencen bagi pihak pesara.
  • Memudahkan pihak BPM JHEV untuk melaksanakan penyelenggaraan sekiranya diperlukan.

 

TEMPOH PELAKSANAAN JHEV VIBES 2.0

Bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

 

CARA DAFTAR JHEV VIBES 2.0

Sebagai pengguna kali pertama seharusnya anda daftar akaun terlebihd ahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Pada menu utama, klik pada Daftar Pengguna.
  3. Pilih Jenis Pengguna
    • Veteran ATM
    • Waris
    • Pesara awam
    • Syarikat
  4. Kemudian isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  5. Semak kembali maklumat anda, kemudia tiick pada Terma dan Syarat pada ruangan yang disediakan dan klik Hantar
  6. Anda akan menerima notifikasi pendafatran telah ebrjaya melalui email yang telah anda daftarkan.
  7. Selesai

 

CARA KEMASKINI JHEV VIBES 2.0

Setelah anda berjaya daftar akaun, berikut adalah merupakan cara untuk kemaskini maklumat anda

Kemaskini Maklumat Dalam Sistem

  1. Layari pautan Layari pautan https://vibes.jhev.gov.my/
  2. Pada menu utama, klik pada Log Masuk. Kemudian log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan anda
  3. Kemudian klik pada bahagian Kemaskini.
  4. Untuk pengemaskinian, anda dikehendaki untu muat naik dokumen yang berkaitan untuk pengesahan dan kelulusan pegawai iaitu:
    • Buku perkhidmatan setiap mukasurat (pengemaskian perkhidmatan)
    • Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (pengemaskinian maklumat anak)
    • Mykad veteran dan pasangan (pengemaskinian status diri atau agama)
    • Sijil nikah (jika berkaitan)
    • Sijil cerai (jika berkaitan)
    • Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)

NOTA: Sekiranya terdapat masalah semasa kemaskini maklumat, sila hantarkan pengemaskinian di ruangan aduan beserta muat naik dokumen untuk dikemaskini.

 

CARA SEMAKAN PENYATA PENCEN JHEV VIBES 2.0

Sekiranya anda ingin mendapatkan penyata pencen, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari portal VIBES dan log masuk akaun anda
  2. Pada halaman utama klik pada Semakan Penyata.
  3. Seterynya pilih Tahun Penyata
  4. Masukkan kod pengesahan.
  5. Tekan butang Cetak Penyata Pencen.

NOTA: JHEV ATM telah menyediakan Sistem Penyata Online bagi memudahkan Veteran ATM untuk membuat semakan dan muat turun penyata di pautan https://penyata.jhev.gov.my/penyata/

 

JADUAL PEMBAYARAN PENCEN JHEV ATM TAHUN 2022

Berikut adalah merupakan jadual pembayaran pencen bagi pesara tentera / Veteran ATM iaitu:

  • Januari : 21 / 01/ 2022
  • Februari : 22 / 02/ 2022
  • Mac : 22 / 03 / 2022
  • April : 21 / 04 / 2022
  • Mei : 23 / 05 / 2022
  • Jun : 21 / 06 / 2022
  • Julai : 21 / 07 / 2022
  • Ogos : 22 / 08 / 2022
  • September : 20 / 09 / 2022
  • Oktober : 13 / 10 / 2022
  • November : 22 / 11 / 2022
  • Disember : 15 / 12/ 2022

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Hantar maklum balas/aduan tentang login JHEV melalui saluran berikut

  • Emel: [email protected]
  • Hubungi Unit Maklumat Veteran di talian 03-2050 8078 / 8113.
  • Hubungi Bahagian Pengurusan Maklumat di talian 03-2050 8088.

 

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SPM YAYASAN VETERAN ATM

Leave a Comment