PERMOHONAN DANA BANTUAN GUAMAN PERCUMA KES SIVIL SELANGOR (DBGS)

PERMOHONAN DANA BANTUAN GUAMAN PERCUMA KES SIVIL SELANGOR (DBGS)

BANTUAN GUAMAN PERCUMA SELANGOR

Kepada warga negeri Selangor yang memerlukan khidmat bantuan guaman tetapi tidak berkemampuan, kini anda boleh mendapatkan khidmat guaman secara percuma menerusi Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan khdmat bantuan guaman Selangor, semoga membantu.

 

APA ITU DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR (DBGS)

Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) merupakan inisiatif bersama di antara kerajaan Selangor, Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Peguam Selangor akan membolehkan rakyat di negeri itu yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 diberikan akses bantuan guaman secara percuma untuk kes sivil.

Matlamat utama dana bantuan ini diperkenalkan adalah untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak berkemampuan mendapatkan representasi undang-undang.

 

TUJUAN DBGS

DBGS menangani perkara undang-undang keluarga dan kes undang-undang buruh untuk golongan miskin, kurang berkemampuan dan memerlukan. Pewujudan DBGS hanyalah langkah pertama untuk memastikan setiap rakyat negeri Selangor mendapat akses kepada perwakilan undang-undang.

 

SKOP BIDANG BIDANG TUMPUAN DBGS

Berikut adalah merupakan skop bidang tumpuan untuk pelaksanaan dana bantuan ini:

  • Kes sivil berkaitan keluarga yang merangkumi hak penjagaan melalui petisyen bersama dan tunggal
  • Isu pekerja.

TARKIH PERLAKSANAAN DBGS

Program Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Ogos 2022 dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Selangor.

 

KADAR BANTUAN DBGS

Berikut adalah merupakan jumlah bantuan iaitu:

  • Subsidi RM1,500 bagi setiap kes individu
  • Ssubsidi sehingga RM2,000 maksimum kepada mana-mana saman tindakan undang-undang

 

PEMILIHAN KHDIMAT GUAMAN DBGS

  • Peguam yang akan mengadili pemohon akan dipilih oleh Majlis Peguam Selangor.
  • Seramai 7,352 peguam yang berdaftar di Selangor akan ditugaskan secara bergilir-gilir untuk mengendalikan kes yang diterima .

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN PERCUMA SELANGOR

Sekiranya anda ingin membuat  permohonan DBGS ini, permohonan boleh dibuat melalui:

  • Ibu Pejabat Majlis Peguam Selangor
  • Pusat khidmat Adun Selangor
  • Pusat komuniti setempat
  • Lokasi terpilih lain yang akan diumumkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) ini,  sila layari

Website rasmi Selangor Bar di pautan https://www.selangorbar.org/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL ONLINE 2022

2 thoughts on “PERMOHONAN DANA BANTUAN GUAMAN PERCUMA KES SIVIL SELANGOR (DBGS)”

Leave a Comment