SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM SPA9

SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM SPA9

SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM SPA9

Mulai 28 September, setiap permohonan kerja kerajaan perlu melalui sistem terbaru SPA9 yang akan menggantikan SPA8i sebelum ini.

SPA9 merupakan sistem pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam yang boleh diakses melalui spa9.spa.gov.my

Perkara ini diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA Malaysia) di Twitter rasmi mereka.

Pemohon sedia ada di bawah SPA8i yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh, tidak perlu mendaftar semula di SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baru.

Baca juga tentang CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN NASIONAL BPN 2.0

BORANG PENDAFTARAN SPA9

Dimaklumkan bahawa penutupan Borang SPA8i bagi kerja-kerja menaik taraf ke sistem baharu iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) akan dilaksanakan pada ketentuan berikut :

  • Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
  • Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi

Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Untuk proses permohonan baru / semakan status permohonan, anda boleh rujuk di sini https://spa9.spa.gov.my

Tutorial permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Leave a Comment