DOWNLOAD SURAT CUTI SAKIT SEKOLAH ANAK (Sekolah Rendah & Menengah)

DOWNLOAD SURAT CUTI SAKIT SEKOLAH ANAK (Sekolah Rendah & Menengah)

SURAT CUTI SAKIT SEKOLAH

Kepada ibu bapa yang anaknya tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit tetapi tidak mempunyai sijil sakit daripada klinik/hospital semestinya perlu membuat surat rasmi kepada pihak sekolah untuk memaklumkan bagi mengelakkan dianggap sebagai ponteng.

Bagi memudahkan ibubapa, di sini kami akan kongsikan Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah sakit demam dan tidak sihat. Anda hanya perlu edit semula dengan mengisi maklumat ibubapa/penjaga, anak,sekolah (rendah atau menengah) dan tarikh cuti kemudian cetak untuk diberikan kepada guru kelas / sekolah masing-masing.

 

KENAPA PERLU KEMUKAKAN SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Surat rasmi digunapakai tujuan-tujuan rasmi untuk perhatian pihak penerima untuk tujuan seperti surat rasmi cuti sekolah, surat permohonan, surat rayuan dan banyak lagi.

Cara menulisnya mestilah dengan format surat rasmi kerana yang hendak menerimanya adalah pihak sekolah yang merupakan institusi rasmi Malaysia.

Surat rasmi ini digunakan untuk memberitahu kepada pihak sekolah rendah atau menengah akan pelajar cuti sakit seperti demam, batuk, sakit perut dan lain-lain.

 

CONTOH SURAT CUTI SAKIT SEKOLAH

Berikut adalah merupakan contoh surat cuti sakit sekolah anak, anda hanya perlu edit semula dengan mengisi maklumat diperlukan:

 

Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Alamat >

——————————————————————————————-

Guru <Darjah / Tingkatan>,                                                                      Tarikh:

<Nama Sekolah>,

<Alamat Sekolah>

 

Tuan / Puan,

 

TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH KERANA SAKIT DEMAM

 

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

 

2.         Untuk makluman tuan, saya …(nama Ibubapa/penjaga).. merupakan (status hubungan dengan anak) kepada ..(nama anak).. ingin memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada <Tarikh sekian-sekian> <Hari sekian-sekian> kerana kerana demam dan sakit mulut yang teruk.

 

3.          Disini saya sertakan bersama lampiran cuti sakit (MC) daripada doktor. (sekiranya ada / Jika tiada abaikan terus ke no 4)

 

4.           Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan / Puan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

…………………………………………………………………..

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Nombor Telefon>

 

 

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH KERANA DIKUARANTIN   

Sekiranya anak anda kena kuaratin, berikut adlaah merupakan contoh surat rasmi, anda hanya perlu edit semula dengan mengisi maklumat diperlukan:

 

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Alamat>

————————————————————————————————–

<Guru <Darjah / Tingkatan>,                                                                          <Tarikh>

<Nama Sekolah>,

<Alamat Sekolah>

 

Tuan / Puan,

<NAMA ANAK: MAKLUMAN KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH>

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.        Untuk makluman tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada <Tarikh sekian-sekian> <Hari sekian-sekian> kerana diarah untuk kuarantin wajib

3.        <Penerangan lanjut tentang kenapa tidak hadir ke sekolah>. Kami sekeluarga diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani kuarantin wajib.Oleh yang demikian, beliau tidak dapat menghadiri kelas pada yang yang dimaklumkan di atas.

4.          Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak Tuan / Puan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih

 

Yang Benar,

……………………………………………

<Nama Ibu / Bapa / Penjaga>

<Nombor Telefon>

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH KPM 2023(CHECK RESULT

Leave a Comment