KADAR BAYAR FIDYAH SETIAP NEGERI SELURUH MALAYSIA 2024

KADAR BAYAR FIDYAH SETIAP NEGERI SELURUH MALAYSIA 2024

KADAR BAYAR FIDYAH

Untuk makluman anda, penetapan kadar fidyah ini ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu kadar bayaran fidyah bagi negeri-negeri di Malaysia adalah tidak sama dan terdapat kadar yang berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Disini kami akan kongsikan kepada anda kadar bayar fidyah bagi setiap negeri, semoga membantu

 

APA ITU FIDYAH

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

 

HUKUM BAYAR FIDYAH

Hukum membayar fidayah adalah wajib. Justeru, ia wajib disempurkan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Tambahan pula, fidyah merupakan satu tanggungan (hutang) kepada Allah

 

GOLONGAN YANG WAJIB BAYAR FIDYAH

Berikut adalah merupakan golongan yang wajib untuk membayar fidyah iaitu:

  1. Orang yang uzur dan sakit tua
  2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.’
  3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa
  4. Orang yang telah meninggal dunia yang belum sempat menggantikan puasanya
  5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan dan tidak sempat ganti namun telah melangkah tahun berikutnya (bulan ramadhan)

 

KADAR BAYAR FIDYAH 2023

Berikut adalah merupakan kadar bayar fidyah bagi setiap negeri di Malaysia iaitu:

NEGERI KADAR FIDYAH
KedahRM1.80
MelakaRM1.80
PerakRM1.90
Negeri SembilanRM1.75
PerlisRM5.00
TerengganuRM1.75
SelangorRM2.00
JohorRM1.75
Pulau PinangRM1.75
PahangRM1.75
KelantanRM1.75
SarawakRM1.75
SabahRM1.75
Wilayah PersekutuanRM4.00

 

CARA BAYAR FIDYAH

Bagi pembayaran Fidyah adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. Sesetengah negeri ada yang tidak menggunakan kaedah gandaan dan ada negeri yang menggunakan kaedah gandaan (bilangan tahun yang ditinggalkan) *pilihan atas kemampuan. Namun secara asasnya, pengiraan adalah sebagaimana berikut;

  • Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar
  • Contoh pengiraan negeri Kelantan (ada gandaan) – 10 hari X 2 tahun X RM1.75 = RM35.00

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kadar bayar fidyah, anda boleh merujuk website rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

ARTIKEL BERKAITAN:

2 thoughts on “KADAR BAYAR FIDYAH SETIAP NEGERI SELURUH MALAYSIA 2024”

  1. Long time supporter, and thought I’d drop a comment.

    Your wordpress site is very sleek – hope you don’t mind me asking what theme you’re
    using? (and don’t mind if I steal it? :P)

    I just launched my site –also built in wordpress like yours– but the theme slows (!) the site down quite a bit.

    In case you have a minute, you can find it by searching for “royal cbd” on Google (would appreciate any feedback)
    – it’s still in the works.

    Keep up the good work– and hope you all take care of yourself during
    the coronavirus scare!

    Reply

Leave a Comment