SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

APA ITU PSU 2.0?

Bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Pada 23 September 2020, bantuan PSU telah dilanjutkan untuk 3 bulan tambahan bagi majikan sedia ada yang sedang menerima PSU, manakala bantuan PSU selama 6 bulan bagi semua permohonan baru mulai Oktober 2020. Program ini dikenali sebagai PSU 2.0.

Baca juga tentang CARA PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN MOHON PSU

Berikut adalah  syarat kelayakan majikan untuk memohon PSU  dan faedah yang akan diterima:

Sila rujuk Jadual 1 seperti berikut:

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH

SENARAI MAJIKAN TIDAK LAYAK MEMOHON PSU

  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 September 2020;
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 September 2020;
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000;
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja;
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program PenjanaKerjaya (Hiring Incentive);
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers;
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 2.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan);
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan;
  4. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan; dan
  5. Akuan Pengisytiharan PSU2.0.

SOALAN LAZIM PSU 2.0

Bilakah PSU mula berkuatkuasa?

  • Bermula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.

Bilakah tarikh akhir permohonan PSU 2.0?

  • Tarikh akhir permohonan adalah pada 31 Disember 2020.

Adakah majikan sedia ada yang sedang menerima PSU perlu mengemukakan permohonan yang baru untuk PSU 2.0?

  • Majikan sedia ada yang sedang menerima PSU wajib mengemukakan permohonan PSU  di Portal PRIHATIN prihatin.perkeso.gov.my bermula pada 1 Oktober 2020

Leave a Comment