CARA KELUARKAN DUIT PELABURAN TUNAI UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL ONLINE GUNA PMO

CARA KELUARKAN DUIT PELABURAN TUNAI UNIT TRUST PUBLIC MUTUAL ONLINE GUNA PMO

KELUARKAN DUIT UNIT TRUST

Kepada anda yang membuat pelaburan dan investment bagi menambahkan jana pendapatan tambahan menggunakan public mutual, semestinya anda ingin mengetahui cara untuk keluarkan duit pelaburan tunai unit trust. Disini kami akan kongsikan caranya menggunakan PMO, semoga membantu.

 

APA ITU PUBLIC MUTUAL ONLINE (PMO)

Dengan Public Mutual Online (PMO), anda boleh membuat permohonan pelaburan dan menyemak pertanyaan akaun pada bila-bila masa, di mana sahaja! Ia mudah, pantas dan selamat!

 

KELEBIHAN PUBLIC MUTUAL ONLINE (PMO)

Berikut adalah merupakan anata kelebihan yang diperolehi sekrianya berdaftar PMO ini:

  • Pelaburan Unit Amanah dan Permohonan Urus Niaga
  • Pembukaan Akaun dan Caruman Skim Persaraan Swasta (PRS)
  • Dana e-Siri
  • Analisis Dana
  • Pertanyaan Secara Dalam Talian
  • Penyata dan Laporan
  • Ulasan Dana Bulanan
  • Semak Status Poin Kelayakan Mutual Gold (MGQP)
  • Log masuk untuk menyemak Poin MGQP dan status pelabur utama.
  • Penyelenggaraan Profil

 

CARA KELUARKAN DUIT PELABURAN TUNAI UNIT TRUST PMO

Sekiranya anda ingin keluarkan duit secara tunai pelaburan unit trust,  berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari website  Public Mutual Online
  2. Log masuk akaun anda. Jika belum pastikan daftar dahulu
  3. Pada paparan utama klik pada View Account untuk melihat jumlah yang sedia ada
  4. Terdapat 3 paparan sub yang akan tertera iaitu:
    • Cash Scheme
    • EPF Schme
    • Private Retirement Scheme (PRS) – sekiranya anda
  5. Untuk makluman, hanya bahagian Cash Scheme sahaja yang dibenarkan. Jadi klik pada Cash Scheme tersebut dan transaksi pelaburan anda akan tertera
  6. Untuk keluarkan duit daripada transaksi yang sedia ada tersebut, anda boleh klik pada bahagian Transaction akaun tersebut, dan pilih Rreedem
  7. Pop up Confirm Reedem akan tertera, klik pada Yes
  8. Kemudian klik pada bahagian Cash Scheme (untuk keluarkan tunai)
  9. Pada bahagian Select Account For Redemption, pilih akaun yang anda ingin reedem
  10. Paparan detail akaun anda akan tertera beserta harga bagi setiap satu unit.
  11. Kemudian anda boleh masukkan unit yang ingin dikeluarkan pada ruangan Enter Redemption units
  12. Pastikan anda semak maklumat bank dan klik request PAC. Masukkan no PAC yang diterima tersebut
  13. Tick pada kotak terma dan syarat dan klik Proceed
  14. Selesai, tunggu sehingga proses pengeluaran tersebut masuk ke dalam akaun bank public anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Public Mutual Online (PMO), sila layari website rasmi Public Mutal di pautan https://www.publicmutual.com.my/

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment