SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)

Kemaskini ini adalah pada 16 Jun 2020. Dikhabarkan bahawa mana-mana pemohon yang telah memohon Bantuan Khas Sarawakku Sayang sebelum ini, anda boleh buat semakan BKSS.

Dikhabarkan juga bayaran untuk pemohon bujang sudah masuk. Boleh check akaun masing-masing.

Sekadar berkongsi, jika anda sedang hamil sekarang, atau telah melahirkan anak pada 1 Januari 2020 yang lalu juga, anda layak untuk buat permohonan Bantuan Ibu Bersalin Sarawak.

Baca juga tentang PERMOHONAN eBaucar RM800

SEDIKIT MENGENAI BKSS

Beruntung betul rakyat Sarawak.

Ggolongan B40 di Sarawak akan menerima Bantuan Khas Sayangku Sarawak yang akan dikreditkan ke akaun bank penerima setiap 15 haribulan mulai 15 April 2020 hingga 15 September 2020. Ini bermakna, bulan Jun 2020 adalah bayaran ketiga.

Pembayaran tunai sebanyak RM 250 yang akan dibayar selama 6 bulan ini akan memanfaatkan ramai rakyat Sarawak.

Yang lebih menarik lagi, penerima yang layak adalah terdiri dari penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang telah diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan tiada sebarang permohonan perlu dibuat.

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)

KELAYAKAN BKSS

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan menetap di Sarawak
  2. Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
  3. Berumur 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas)
  4. Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
  5. Pendapatan kategori bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

SEMAKAN BKSS ONLINE

Berikut ialah cara buat semakan BKSS online.

  • Layari laman web rasmi BKSS di sini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/bkss_semak
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  • Pastikan tidak masukkan sempang (-) atau dash
  • Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan 770101-13-4456, masukkan sahaja 770101134456
  • Tekan butang Submit
  • Anda akan dapat melihat status kelulusan

SEMAKAN PEMBAYARAN BKSS

Bukan semua duit bantuan BKSS sudah masuk ke dalam akaun bank. Anda dinasihatkan untuk buat semakan pembayaran BKSS dengan melihat baki dalam akaun.

Sila sertai Facebook Group SARAWAKKU SAYANG di sini, yang sedang rancak membincangkan tentang perkara ini.

Ada yang memberitahu, Agro Bank sudah masuk. Ada yang beritahu, BSN juga sudah masuk.

TARIKH BAYARAN BKSS

Berikut ialah jadual dan tarikh pembayaran BKSS sehingga September 2020.

  • Bayaran pertama: 15 April 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran kedua: 15 Mei 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran ketiga: 15 Jun 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran keempat: 15 Julai 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran kelima: 15 Ogos 2020 sebanyak RM250
  • Bayaran keenam: 15 September 2020 sebanyak RM250

1 thought on “SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)”

  1. Saya ingin bertanya, bagaimana dgn wargaemas, adakah kesemua insan2 yg bergelar wargaemas di pentas dunia ini layak utk menerima bantuan bkss?

    Reply

Leave a Comment