SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN DI MYSEJAHTERA DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)

SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN DI MYSEJAHTERA DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)

SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN DI MYSEJAHTERA

 

Kepada individu yang telah mengambil kedua-dua suntikan vaksin COVID19 akan diberikan sijil vaksinasi. Antaranya adalah kemudahan rentas daerah / negeri bagi ibu bapa pasangan PJJ, kemudahan dine-in, rekreasi dan kapasiti kenderaan yang tidak lagi dihadkan kepada 2 orang.

Bagaimana cara untuk membuat semakan sijil digital vaksinasi di aplikasi Mysejahtera? Disini kami kongsikan caranya.

 

CARA SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN BAGI PEMILIK SIJIL

Sekiranya anda ingin menyemak sijil digital vaksin anda, berikut adalah caranya:

  1. Log masuk ke akaun MySejahtera.
  2. Klik ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi.
  3. Profil akan memaparkan maklumat anda seperti Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan, Negeri, Status Risiko COVID19 dan Sijil Digital Vaksinasi anda.
  4. Skrol hingga ke bawah dan anda boleh melihat Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana.

Sekiranya anda ingin menyemak Sijil Digital Vaksinasi untuk ibu,bapa atau anak, berikut adalah caranya:

  1. Log masuk ke akaun MySejahtera.
  2. Klik ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi.
  3. Profil akan memaparkan maklumat anda seperti Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan, Negeri, Status Risiko COVID19 dan Sijil Digital Vaksinasi anda.
  4. Skrol hingga ke bawah dan anda boleh melihat Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana.
  5. Di bahagian bawah, anda akan mendapati satu ruang My Dependent Status.
  6. Di situ, anda boleh mendapatkan sijil digital vaksin untuk ibu bapa atau ahli keluarga yang berdaftar menggunakan aplikasi MySejahtera anda.

 

CARA SEMAKAN SIJIL DIGITAL BAGI PEMILIK PREMIS

Cara untuk memeriksa Mysejahtera agar salah satu cara penipuan boleh dikurangkan, cara membuat semakan adalah seperti berikut:
• Jangan terima gambar screenshot sahaja. Jika ada masalah pada internet, minta tunjukkan bukti kad identiti (IC) untuk pengesahan nama. Ini penting.
• Periksa sijil digital MySejahtera pada bahagian Profil.
• Pastikan TARIKH STATUS adalah yang terkini.
• Pastikan STATUS RISIKO COVID-19 adalah LOW RISK.
• Pastikan individu itu lengkap vaksin – iaitu cukup 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan.
• Minta individu tersebut SCROLL UP & DOWN untuk pastikan itu bukan gambar screenshot.

 

ARTIKEL LAIN

SENARAI PPV WALK IN SETIAP NEGERI( DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)

2 thoughts on “SEMAKAN SIJIL DIGITAL VAKSIN DI MYSEJAHTERA DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)”

Leave a Comment