SEMAKAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2020

SEMAKAN PERMOHONAN  RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2020

SEMAKAN PERMOHONAN  RUMAH MESRA RAKYAT (RMR) 2020

Program Rumah Mesra Rakyat 2020 di bawah SPNB diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri dan selesa.

Untuk makluman , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah.

 Bagi anda yang memenuhi syarat , anda boleh membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB.

Objektif Program Rumah Mesra Rakyat (RMRPlus)

  • Program pemilikan rumah ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan , petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di sebuah rumah yang daif tetapi pemohon mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Baca juga tentang CARA MEMOHON BANTUAN BULANAN WARGA EMAS RM350

SYARAT PERMOHONAN RMR

  • Mestilah Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Pendapatan isi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
  • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
  • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

CARA PERMOHONAN RMR

  • Dapatkan borang permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB dari pejabat wakil rakyat atau download dari laman web https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Isi dan lengkapkan borang permohonan
  • Hantar borang yang lengkap diisi beserta dokumen diperlukan
  • SPNB akan menilai sama ada layak atau tidak (akan dimaklumkan)

 SEMAKAN PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Ketahui juga tentang CARA BELI TANAH GUNA LOAN KERAJAAN

SOALAN LAZIM

Kenapa terdapat perubahan kepada bayaran balik bulanan?

  • Terdahulu, Program RMR1M dibiayai oleh Kerajaan melalui peruntukan geran dan subsidi penuh. Terkini sebahagian daripada pembiayaan pembinaan perlu dibiayai oleh pemohon melalui pinjaman daripada institusi kewangan yang diuruskan oleh anak syarikat SPNB.

 Berapa lama tempoh permohonan akan diluluskan?

  • Tiga (3) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima dan menepati syarat tertakluk kepada peruntukan kewangan dan kelulusan pembiayaan.

Bolehkah pemohon memohon sekiranya tuan tanah meninggal?

  • Tidak dibenarkan kerana syarat utama adalah perlu mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah.

Berapa lama tempoh pembinaan rumah mesra rakyat SPNB?

  • Tidak melebihi 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/tarikh perjanjian.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

  • SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD,Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
  • Hotline : 1300 80 3838
  • Tel : 603-2618 5555
  • SMS :  019-2104000
  • Emel : [email protected]

Leave a Comment