SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN COVID-19 SABAH

SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN COVID-19 SABAH

Berdasar sistem bantuan Covid-19 Sabah, segala urusan semakan dan permohonan bantuan Covid-19 akan dikendalikan dalam sistem baharu iaitu BANTUAN COVID-19 SABAH (bantuan.covid19.sabah.gov.my).Rakyat sabah yang layak boleh melayari portal tersebut dan perlu memasukan nombor kad pengenalan diri sebelum urusan semakan dan permohonan dilakukan.

Baca : SEMAKAN DAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SABAH

PENGENALAN SISTEM BANTUAN COVID-19 SABAH


Sabah melancarkan sistem baharu bagi memudahkan orang ramai menyemak status permohonan bantuan daripada kerajaan negeri. Sistem bantuan.covid19.sabah.gov.my menggantikan sistem sedia ada iaitu wecare.sabah.gov.my sejak 15 April.

SEMAKAN & PERMOHONAN BANTUAN COVID-19 SABAH
Permohonana Pakej Bantuan Covid-19 Sabah

Sistem baharu ini mengintegrasikan data-data di dalam sistem terdahulu. Sistem berkenaan juga diperluaskan bagi membolehkan permohonan dan semakan bantuan COVID-19 Sabah.Permohonan bantuan itu meliputi warga Sabah dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berada di Semenanjung dan Sarawak. Turut  merangkumi pemandu teksi, bas, lori dan kereta sewa. Malahan petani, pekebun Kecil, nelayan, penternak, malim gunung, warga tua, anak yatim, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) turut menikmati bantuan sama yang diberikan kerajaan negeri.

BACA : KEMASKINI i-LESTARI GAGAL DIKREDITKAN

Semua rekod dan data permohonan yang dimohon melalui sistem lama sudah diintegrasikan ke dalam sistem terkini serta dihubungkan secara automatik ke sistem baharu. Kerajaan negeri memberi jaminan keselamatan dan integriti data pemohon yang dikemuka juga terpelihara.

Kepada usahawan rakyat SABAH, boleh mohon BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000

PAKEJ BANTUAN COVID-19 SABAH

SABAH mengumumkan Pakej Bantuan COVID-19 Sabah membabitkan peruntukan RM670 juta bagi meringankan beban dan kesulitan dihadapi pelbagai lapisan masyarakat di negeri itu yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.

Melalui pakej ini,kerajaan negeri akan melaksanakan 15 langkah yang telah dirangka dan dirangkumkan di bawah pakej itu membabitkan tiga kategori termasuk bantuan kepada petugas barisan hadapan serta bantuan kepada rakyat terjejas. Menurutnya, pakej berkenaan turut memberi perhatian bagi memperkukuh perniagaan serta menambah baik kualiti infrastruktur dan kemudahan asas di luar bandar.

BANTUAN KHAS TUNAI RM500 (e-Kasih)

Bantuan khas tunai sebanyak RM500 seorang secara ‘one-off’ kepada setiap ketua isi rumah miskin dan ketua isi rumah miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih membabitkan peruntukan RM20 juta. Bantuan ini dijangka memberi faedah kepada seramai 22,456 ketua isi rumah miskin dan 15,747 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh Sabah.

BANTUAN GOLONGAN B40 SABAH RM300

Bagi golongan B40 pula,kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM80 juta untuk membantu golongan berkenaan termasuk anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung, pemandu-pemandu teksi, nelayan, ‘porter’ malim gunung, warga emas, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan ibu tunggal. Golongan B40 Sabah ini akan diberikan bantuan tunai secara ‘one-off’ sebanyak RM300 seorang, katanya.

BANTUAN KEPERLUAN MAKANAN RM20 JUTA

Mohd Shafie berkata, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi membantu rakyat di seluruh Sabah yang terkesan dengan wabak itu dan RM18 juta daripadanya adalah untuk bantuan keperluan bahan makanan di kawasan kampung. RM2 juta lagi adalah untuk membantu dan meringankan masalah kewangan dalam menampung keperluan harian dihadapi pelajar Sabah di Semenanjung ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 Mac lalu,” katanya bantuan berkenaan akan disalurkan dalam tempoh terdekat.

BANTUAN KESIHATAN NEGERI

Katanya, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM60 juta untuk golongan barisan hadapan termasuk doktor dan jururawat, RM50 juta daripadanya adalah untuk bekalan barangan guna pakai dan peralatan kritikal dalam menjalankan tugas seperti penutup mulut dan hidung, cecair basmi kuman serta pakaian perlindungan.

RM10 juta lagi bantuan makanan dan keperluan kepada golongan petugas barisan hadapan sebagai tanda keprihatinan terhadap komitmen mereka menjalankan tugas tanpa henti dalam membantu melaksanakan langkah diambil kerajaan untuk mengekang wabak itu, katanya.

SKIM KREDIT PENIAGA KECIL SABAH

Dalam perkembangan sama, bagi memperkukuhkan perniagaan serta menambah baik kualiti kemudahan asas luar bandar, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM40 juta untuk skim kredit peniaga-peniaga kecil sebagai usaha membantu golongan berkenaan menerusi penyediaan dana melalui Perbadanan Pinjaman Sabah. Peniaga kecil boleh memohon pinjaman bermula dari RM300 sehingga RM2,000 dengan kadar faedah kosong peratus dan tempoh bayaran balik sehingga tiga tahun.

Pinjaman Mikro ini  akan memanfaatkan sekitar 20,000 peniaga kecil, petani, penternak, nelayan, pemandu bas dan teksi dan pemandu pelancong seluruh Sabah yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Di bawah inisiatif ini,pembayaran balik pinjaman adalah serendah RM0.28 sen sehari/RM8.33 sebulan dan maksimum sebanyak RM1.85 sehari / RM55.55 sebulan.

DANA IKS SABAH / SABAH SME FUND

Industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah turut dibantu menerusi peruntukan RM50 juta untuk Dana Industri Kecil dan Sederhana yang menawarkan kadar faedah serendah 3.5 peratus bagi memastikan industri itu terus berdaya tahan dalam tempoh ini. Kerajaan negeri  berharap supaya IKS di Sabah akan turut menjaga kebajikan pekerja dan kakitangan mereka dalam masa yang sukar ini.

Kemudahan pinjaman ini juga akan diurus oleh Perbadanan Pinjaman Sabah yang menawarkan pinjaman serendah RM250,000 sehingga RM1.5 juta dengan kadar faedah serendah 3.5 peratus dan tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.

PROJEK KAMPUNG RM200 JUTA

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM200 juta diperuntukkan menerusi pakej itu bagi melaksanakan 1,000 projek di kampung seluruh daerah di Sabah dan projek dilaksana akan menumpukan kepada usaha menambah baik kualiti dan liputan infrastruktur asas luar bandar.

PROSES PELAKSANAAN BANTUAN COVID-19 SABAH

Bantuan yang telah disampaikan ialah Bantuan Khas Covid-19 ‘One-Off’ RM300 ‘Vulnerable’ kepada penerima bantuan am seramai 19,795 orang dengan jumlah keseluruhan RM5.9 juta dan penerima bantuan anak yatim (2,559 orang) berjumlah RM767,700.

Turut mendapat manfaat ialah penerima bantuan orang tua, seramai 28,779 orang dengan jumlah keseluruhan RM8.6 juta, penerima bantuan kanak-kanak seramai 6,527 orang menerima RM1.9 juta, bantuan orang kurang upaya dan pesakit kronik (2,294 orang) sebanyak RM688,200, elaun pekerja cacat (1,871 orang) RM561,300 dan bantuan OKU tidak upaya kerja seramai 1,267 orang menerima bantuan sebanyak RM 380,100.

Jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori ini adalah sebanyak RM18,927,600 melibatkan seramai 63,092 orang penerima.

Bantuan makanan kepada pelajar Sabah di Semenanjung pula berjumlah RM874,100 melibatkan 1,818 orang di institut pengajian tinggi awam dan swasta manakala RM500,000 telah disampaikan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi penuntut di kampus Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, Sandakan dan non-resident semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, bantuan kepada individu sedang disiasat (PUI) Sabah berjumlah RM200,015; seramai 134 pesakit Covid-19 juga menerima bantuan berjumlah RM67,000 serta seramai 15,713 Ketua Isi Rumah Miskin (KRIM) dan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KRIMT) berjumlah RM7.8 juta.

Golongan B40 termasuk yang terkeluar daripada senarai e-Kasih seramai 1,050, petani, penternak dan nelayan, pemandu teksi, bas dan lori, malim gunung, porter, freelance tour guide dan warga Sabah di Semenanjung juga telah menerima manfaat Pakej Bantuan Covid-19 Sabah.

Leave a Comment