SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU TEKSI

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU TEKSI

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU TEKSI

Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat 30,000  pemandu teksi gagal menerima bantuan RM600.

Maka kerajaan telah bersetuju membenarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memperbaharui Kad Pemandu teksi dengan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan selewat-lewatnya 1 Julai ini.

SEBAB/PUNCA PEMANDU TEKSI GAGAL MENERIMA BANTUAN RM600

Berdasarkan ulasan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, terdapat maklum balas masih ada pihak yang belum menerima bantuan tunai RM600 kerana pelbagai sebab.

Antaranya adalah kerana Kad Pemandu mereka sudah tamat tempoh sah dan luput pada 18 Mac lalu.

Ketahui juga tentang JOM BACA KELEBIHAN VS KELEMAHAN E-WALLET

SEMAKAN KELULUSAN BANTUAN PRIHATIN RM600 PEMANDU TEKSI

KEMASKINI AKAUN PEMANDU TEKSI

Berikut adalah cara kemaskini akaun bank pemandu teksi :

Bagi pemandu teksi yang tidak mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), mereka perlu mengemaskini butiran akaun bank mereka melalui portal semakprihatin.

  1. Layari semakprihatin.treasury.gov.my
  2. Memasukkan nombor kad pengenalan (MyKad)
  • Kemaskini maklumat akaun pemandu teksi

JIKA GAGAL KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

  • Pemandu teksi yang layak menerima Insentif Bantuan Teksi RM600 bagi fasa 1 tetapi tidak dapat mengisi maklumat akaun bank serta masih belum menerima bayaran, sila kemaskini maklumat anda diportal https://semakprihatin.treasury.gov.my/ untuk mengisi maklumat nombor telefon bimbit yang aktif bagi menerima nombor baucer.
  • Nombor baucer akan digunakan sebagai rujukan untuk pengeluaran secara tunai di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Bayaran akan dibuat secara tunai di cawangan BSN terdekat, setelah menerima nombor baucer melalui khidmat pesanan ringkas SMS, yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan.

KES PEMANDU TEKSI BANKRAP/MUFLIS

Selain itu bagi pemandu yang mengalami masalah bankrap atau muflis, pemandu teksi ini boleh merujuk terus kepada Bahagian Hal Ehwal Undang- undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri atau melayari portal BHEUU untuk tindakan lanjut.

PERINGATAN KEPADA PEMANDU TEKSI

Kementerian Pengangkutan mengingatkan kepada semua pengusaha pengangkutan awam termasuk pengusaha teksi supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menjalankan operasi tanpa dokumen yang sah.

LAPORAN BANTUAN PRIHATIN RM600 KEPADA PEMANDU TEKSI

Kerajaan mengumumkan bayaran secara sekali beri sebanyak RM600 kepada pemandu teksi yang berdaftar dengan peruntukan sejumlah RM18 juta bagi Fasa Pertama melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Mac lalu.

BACA : DAFTAR & CARA SEMAK KEPUTUSAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN

Bantuan yang diberikan adalah bagi meringankan beban pemandu teksi yang terjejas pendapatan disebabkan pelaksanaan PKP yang kini dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Seramai 29,447 pemandu teksi yang memiliki Kad Pemandu sah yang aktif semasa tempoh PKP sudah menerima manfaat bantuan tunai RM600 yang diuruskan pembayarannya oleh Kementerian Kewangan bermula 2 April lalu melalui BSN dan Interbank GIRO (IBG).

Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca kerana kerajaan memahami industri pelancongan telah terjejas teruk akibat daripada virus corona ini.

Pembayaran secara one-off sebanyak RM600 ini sudah mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar sejak 2 April 2020.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN RM600 KEPADA PEMANDU TEKSI

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RM600 KEPADA PEMANDU TEKSI

Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik ‘Semak‘ untuk semakan status permohonan anda.

Leave a Comment