CONTOH SLIP GAJI (Cara Buat Slip Gaji Sendiri Pemilik Bisnes & Bekerja Sendiri)

CONTOH SLIP GAJI (Cara Buat Slip Gaji Sendiri Pemilik Bisnes & Bekerja Sendiri)

CONTOH SLIP GAJI

Kepada anda yang bekerja sendiri atau mempunyai bisnes sendiri, semestinya perlu mencipta slip gaji supaya dapat dijadikan rujukan. Apakah maklumat yang perlu ada dalam payslip dan bagaimana cara untuk buat slip gaji sendiri? Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh slip gaji, semoga membantu.

 

APA ITU SLIP GAJI

Slip gaji merupakan bentuk tanda bukti atas gaji atau pembayaran untuk seorang pekerja. Adapun pentingnya slip gaji adalah memberikan kejelasan berapa besar gaji yang diterima dari perusahaan atau tempat kerja. Gaji merupakan penghasilan yang diterima oleh seseorang yang terdiri atas komponen penambah dan komponen pengurang :

  • Komponen penambah adalah bentuk penghasilan yang bersifat tambahan. Di antaranya meliputi upah utama, tunjangan tetap, tunjangan kehadiran, upah lembur, dan THR serta bonus.
  • Komponen pengurang adalah bentuk penghasilan yang memberikan pengurangan atas gaji yang diterima pekerja. Di antaranya meliputi iuran BPJS, pinjaman karyawan, PPh 21, maupun denda atau pinalti.

 

MAKLUMAT PADA SLIP GAJI

Berikut adalah merupakan antara maklumat yang perlu ada pada slip gaji iaitu:

Maklumat SyarikatButiran maklumat syarikat yang wajib dinyatakan adalah nama, nombor pendaftaran syarikat serta alamat syarikat.
Maklumat PekerjaButiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan jawatan dalam syarikat perlu ada dalam slip gaji.
Maklumat GajiMaklumat gaji secara terperinci perlu dinyatakan termasuk jumlah gaji pokok, elaun, caruman EPF, SOCSO dan butiran lain yang berkaitan.
Cop SyarikatSlip gaji juga perlu disahkan dengan cop syarikat yang sahih.

 

PANDUAN BUAT SLIP GAJI SENDIRI

Berikut adalah merupakan panduan bagi yang bekerja sendiri atau bisness sendiri untuk dibuat slip gaji iaitu:

  • Mendaftar bisnes dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Buat cop rasmi bisnes (untuk semua tujuan rasmi nanti)
  • Buka Akaun Semasa syarikat di bank pilihan anda. Kalau maybank boleh baca: Cara Buka Akaun Company Maybank
  • Tetapkan gaji yang diinginkan, mengikut kemampuan syarikat
  • Daftar syarikat kita dengan KWSP dan buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buat masa sekarang, caruman sendiri 11%, dan caruman majikan 13%
  • Buat slip gaji sendiri setiap bulan. Boleh ikut mana-mana format slip gaji.
  • Buka fail dengan LHDN untuk syarikat sendiri dan fail cukai pendapatan peribadi.

 

CARA BUAT SLIP GAJI ONLINE

Kepada anda yang ingin membuat slip gaji online, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://www.slip-gaji.com/
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Save
  3. Kemdian anda boleh cetak slip gaji tersebut dengan klik pada Print

 

TEMPLETE SLIP GAJI

Anda juga boleh membuat slip gaji dab memuat turn secara online menerusi pautan berikut:

  1. Layari pautan https://paysliper.com/payslip-generator
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan klik Preview
  3. Kemdian anda boleh simpan atau cetak slip gaji tersebut dengan klik pada Download atau Print

 

CONTOH SLIPGAJI

Beikut adalah merupakan antara contoh slip yang dicipta sendiri seperti berikut:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment