e-LEJAR INDIVIDU SYARIKAT LHDN (Semakan Transaksi Percukaian)

e-LEJAR INDIVIDU SYARIKAT LHDN (Semakan Transaksi Percukaian)

e-LEJAR LHDN

untuk maklumat anda LHDN ada menyediakan satu portal  pusat sehenti LHDN yang dikenali sebagai MyTAX. Terdapat beberapa perkhidmatan yang boleh anda gunakan daripada portal ini termasuk byrHASIL, e-Filing, e-Daftar, e-Lejar dan e-Kemaskini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan transaksi percukaian menerusi e-Lejat LHDN, semoga membantu.

 

APA ITU e-LEJAR LHDN

e-Lejar ialah satu kemudahan yang disediakan kepada pembayar cukai untuk menyemak maklumat berikut:

  1. Butiran Peribadi
  2. Transaksi Lejar
  3. Kedudukan terkini baki cukai.

 

TUJUAN e-LEJAR LHDN

Berikut adalah merupakan antara tujuan e-Lejar ini iaitu:

  1. Menentukan sama ada butiran peribadi seperti alamat dan nombor akaun bank direkodkan dengan betul oleh LHDN
  2. Menyemak transaksi percukaian seperti taksiran cukai, bayaran cukai dan pembayaran balik cukai terkini. Antaranya pengesahan Potongan Cukai Bulanan (PCB) oleh majikan telah diterima dan diakaunkan oleh LHDNM.
  3. Melalui paparan kedudukan baki cukai semasa, pembayar cukai dapat mengetahui samada beliau berbaki debit atau kredit.

 

KELEBIHAN e-LEJAR LHDN

Berikut adalah merupakan antara kelebihan yang akan diperolehi kepada pembayar cukai iaitu:

  1. Pembayar cukai dapat menentukan sama ada butiran peribadi seperti alamat dan nombor akaun telah direkodkan dengan betul oleh pihak LHDNM.
  2. Melalui paparan transaski lejar, pembayar cukai dapat menyemak rekod transaksi percukaian seperti taksiran cukai, bayaran cukai dan pembayaran balik cukai.

 

MAKLUMAT CUKAI e-LEJAR LHDN

Berikut adalah merupakan antara jenis maklumat cukai yang dipaparkan dalam e-Lejar iaitu:

  1. Lejar Cukai Pendapatan (CP) melibatkan Akaun 1 dan Akaun 2
    • Akaun 1 Lajer Lejar CP memaparkan transaksi percukaian dan dikemaskini dalam lejar pembayar cukai. Baki akhir dalam akaun 1 adalah baki semasa pembayar cukai . Baki semasa ini menentukan sama ada pembayar cukai masih mempunyai cukai tertunggak dengan LHDNM.
    • Akaun 2 Lejar CP menunjukkan transaksi bayaran ansuran cukai seperti bayaran PCB yang telah dibuat. Baki dalam akaun 2 adalah jumlah bayaran ansuran yang masih belum boleh digunakan.
  2. Lajer Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).
    • Memaparkan transaksi Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

 

CARA SEMAKAN CUKAI e-LEJAR LHDN

Kepada pembayar cukai yang ingin membuat semakan semasa, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MyTAx: mytax.hasil.gov.my
  2. Log Masuk ke dalam akaun anda
  3. Pada paparan utama, klik pada  Status MyTax
  4. Kemudian pilih Lejar
  5. Anda boleh membuat pilihan sama ada untuk melihat e-Lejar Cukai Pendapatan atau Cukai Keuntungan Harta Tanah
  6. Pilih tahun cukai dikehendaki dan seterusnya klik pada Cetak
  7. Paparan maklumat cukai anda akan terpapr.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai e-Lejar LHDN, anda boleh melayari portal MyTAX di pautan mytax.hasil.gov.my

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Comment