PUNCA KENAPA BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL MASIH TIDAK DAPAT

Kepada ibu tunggal yang sedang menunggu Bantuan Khas RM300, anda semestinya sedang keliru dan bigung kenapa masih belum masuk duit bantuan ke dalam akaun masing-masing.
Hal ini berlaku disebabkan beberapa silap faham dan kekeliruan tentang keperluan mendaftar baharu dibawah Jabatan Pembangunan Wanita untuk melayakan mereka menerima bantuan khas ini.
Baca juga tentang CARA TUKAR KREDIT e-WALLET KEPADA TUNAI
PUNCA KENAPA BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL MASIH TIDAK DAPAT
Berikut adalah silap faham yang timbul dikalangan ibu tunggal :
DAPAT BANTUAN SECARA AUTOMATIK
- Sebenarnya ibu tunggal dibawah JKM Bantuan Kanak-Kanak sahaja tak perlu daftar dibawah JKM.Bagi ibu tunggal dibawah JKM selain BKK perlu daftar baharu dibawah JPW
- Namun demikan, anda jangan risau, anda masih boleh mendaftar kerana tarikh tutup permohonan sehingga 31 Oktober 2020. Ibu tunggal yang layak masih boleh daftar.
CARA PERMOHONAN MANUAL/ONLINE BKIT
- Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM BKK boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui :
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA MANUAL
Dapatkan borang permohonan ,sertakan dokumen diperlukan dan hantar kepada:
- Pejabat Pembangunan Wanita Negeri(JPWN)/JKM Negeri, PKMD,LPPKN atau
- Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ( Bagi pemohon di Sabah)
- Pejabat JKM Sarawak/ Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (Bagi pemohon di Sarawak) atau
CARA PERMOHONAN BKIT SECARA ONLINE
Semakan Syarat Kelayakan Penerima Bkit
Kategori yang layak menerima BKIT adalah seperti berikut :
- Penerima merupakan warganegara Malaysia yan menetap di Malaysia
- Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal) dan
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM90 atau perkapita RM244
DOKUMEN DIPERLUKAN
Dokumen Mandatori yang telah disahkan
- Salinan MyKad
- Salinan Penyata Akaun tahun semasa
- Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
- Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin/MyKid/MyKadSijil Pengangkatan dari JPN dan
- Salinan Slip Gaji Terkini/Pengesahan Pendapatan daripada penghulu/Majikan)
DOKUMEN SOKONGAN
- Surat Akaun Doktor(Jika berkenaan)
- Surat Akaun Sumpah (Sekiranya dalam proses penceraian)
KAEDAH BAYARAN BKIT
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank permohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif
Kini, ibu tunggal yang telah membuat permohonan BKIT,boleh buat SEMAKAN STATUS di sini : http://bkit.jpw.gov.my/semakan_pemohon
saya masih tidak dapat bantuan ibu tunggal oneoff rm300 kenapa.sedangkan bila semak keputusan berjaya.buat sy yg mmng susah.dan.tdk.bekerja mengharap sgt sgt.