PAMERAN LIMA(Cara Beli Harga Tiket Masuk Pameran & Pertunjukan Udara Aset)

PAMERAN LIMA(Cara Beli Harga Tiket Masuk Pameran & Pertunjukan Udara Aset)

PAMERAN LIMA

Selepas ditangguhkan selama 4 tahun, kini Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran pameran LIMA 2023.  Kepada anda yang ingin mengunjungi pamaran ini, disini kami akan kongsikan ekpada anda tarikh berlangsung pameran dan senarai peserta yang terlibat. Semoga membantu

 

APA ITU PAMERAN LIMA

Langkawi International Maritime and Aerospace  (LIMA) Atau Penerbangan & Maritim Antarabangsa Langkawi, platform terkemuka dunia untuk mempamerkan perniagaan anda di hadapan khalayak global, ialah tempat pertemuan paling penting kalendar penerbangan dan maritim untuk profesional industri.

Pertunjukan ini mengalu-alukan syarikat daripada sektor yang paling pelbagai dalam industri aeroangkasa dan maritim, termasuk Angkasa, Awam, Tentera, Teknologi Pembuatan, Rotary, dan MRO.

 

TEMPOH PAMERAN LIMA DIADAKAN

Pamaran ini akan diadakan selama lima hari setiap 2 tahun.

NOTA: Penganjuran LIMA pada 2019 yang lalu, 105 aset aeroangkasa dan 104 maritim telah dipamerkan. LIMA kembali semula pada 2023 ini setelah ditangguhkan selama 4 tahun.

 

TEMA PAMERAN LIMA 2023

Pada edisi kali ini, tema bagi LIMA adalah:

  • Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

 

AKTIVITI PAMERAN LIMA

LIMA 2023 dijangka melepasi semua rekod sebelumnya dan akan menjadi yang terbesar dan paling ramai dihadiri LIMA dalam sirinya selama 30 tahun. Antara aktiviti tersedia semasa berlangsungnya pameran ini adalah:

  • Ruang pameran dalaman atau gerai
  • Paparan statik luar
  • Chalet
  • Aero atau Maritim paparan/demonstrasi
  • Peluang penjenamaan dan penajaan

 

TARIKH PAMERAN LIMA 2023

Pameran pada sesi 2023 ini akan bermula pada 23 Mei 2023 sehingga 27 Mei 2023

 

KATAGORI PESERTA PAMERAN LIMA 2023

Pada edisi kali ini, pameran ini akan dijangka akan disertai oleh:

  • Lebih 600 syarikat daripada industri pertahanan tempatan dan antarabangsa sekaligus bakal menarik kehadiran lebih kurang 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).
  • Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan

 

SENARAI PENYERTAAN PAMERAN LIMA 2023

Berikut adalah merupakan antara senarai organisasi atau syarikat yang akan menyertai pameran pada kali ini iaitu:

  • BHIC
  • Deftech
  • Gading Group
  • Global Turbine Asia
  • NADI
  • Radimax
  • Sapura
  • Airbus (UK)
  • MBDA (Perancis)
  • Kongsberg (Norway)
  • Pasukan Tentera Laut (Perancis)
  • Korea Aerospace Industries (KAI)
  • Pasukan Pertahanan Australia
  • Aselsan
  • Roketsan
  • Havelsan (Turki).

NOTA:  kenyataan rasmi belum diumumkan oleh pihak penganjur lagi

Kehadiran penyertaan dari segi jemputan pula:

  • Dijangka menerima lebih 400 orang kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara.

 

HARGA TIKET PAMERANLIMA 2023

Berikut adalah merupakan harga pakej yang tersedia iaitu:

 

CARA BELI TIKET PAMERANLIMA ONLINE

Sekiranya anda ingin membeli tiket secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://lima2023-register.com.my/public-visitor/
  2. Terdapat dua pilihan tiket tersedia iaitu:
    • Public Visitor: 1 Day Pass
    • Public Visitor: 2 Day Pass
  3. Pilih pilihan tiket anda ingin, kemudian masukkan jumlah tiket yang anda inginkan (maximum 5 tiket satu transaksi) dan klik pada Buy
  4. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia. Setelah lengkap klik pada Proceed To Paymeny
  5. Pilih kaedah pembayaran anda dan ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  6. Semua e-tiket dan resit pembayaran akan dihantar ke e-mel Pendaftar pertama.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pamaran Lima ini, anda boleh melayari portal rasmi LIMA di pautan https://www.limamalaysia.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI KERETA RECOND (Semak Harga Model Cukai Loan)

Leave a Comment