PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN SYARIE PERCUMA MAIS

PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN SYARIE PERCUMA MAIS

GUAMAN SYARIE PERCUMA MAIS

Kepada warga negeri Selangor yang memerlukan khidmat bantuan guaman syarie tetapi tidak berkemampuan, kini anda boleh mendapatkan khidmat guaman secara percuma menerusi Bantuan Guaman Syarie Mais. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan khidmat bantuan guaman ini, semoga membantu.

 

APA ITU KHIDMAT BANTUAN GUAMAN SYARIE MAIS

Bantuan Guaman Syarie ini adalah khidmat bantuan guaman bagi klien (orang awam) yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor. Inisiatif ini bagi memberi peluang kepada orang awam yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman secara percuma.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN GUAMAN SYARIE MAIS

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mendapatkan khidmat guaman ini:

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Negeri Selangor
  • Jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun) mestilah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  • Lulus temuduga penilaian wajar

 

JENIS KES DIWAKILI  GUAMANSYARIE PERCUMA MAIS

Berikut adalah merupakan antara jenis kes yang akan dikendalikan khdimat guaman percuma ini:

  • Permohonan cerai biasa
  • Cerai fasakh
  • Cerai khul’ (tebus talaq)
  • Cerai ta’liq
  • Pengesahan lafaz cerai
  • Pengesahan lafaz ruju’
  • Poligami ( hanya mewakili defendan sahaja)
  • Nusyuz
  • Wali hakim
  • Wali enggan
  • Faraq nikah
  • Pengesahan nikah
  • Pengesahan sah taraf anak

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen seperti berikut untuk dikepilkan sekali dengan borang permohonan:

  • 2 keping gambar berukuran passport terkini pemohon (bertudung bagi perempuan).
  • Salinan Kad Pengenalan/Polis/Tentera dan perakuan memeluk agama Islam pemohon (jika ada).
  • Salinan Akuan Pengesahan Pemastautinan pemohon (bagi pemohon yang mempunyai (i) alamat tempat tinggal berlainan dengan tempat pemfailan kes; atau (ii) Kad Pengenalan beralamat di luar Negeri Selangor).
  • Salinan Surat Perakuan Nikah/ Ruju’/ Cerai (yang mana berkenaan).
  • Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan anak-anak pemohon (kecuali kes berkaitan nusyuz dan wali hakim).
  • Slip gaji/pengesahan pendapatan terkini (3 bulan kebelakang).
  • Akuan Berkanun (sekiranya Pemohon tidak bekerja/ bekerja sendiri/ menerima upah daripada pekerjaan yang dilakukan)
  • Dokumen yang difailkan di mahkamah (contoh: Saman, Pernyataan Tuntutan, Pembelaan & Tuntutan Balas, Jawapan Kepada Pembelaan & Jawapan Kepada Tuntutan Balas, Permohonan, Afidavit, Perintah, Penghakiman dan sebarang pindaan terhadap dokumen yang tersebut di atas).
  • Dokumen yang dapat menyokong tuntutan Pemohon (contoh: laporan polis, laporan perubatan, lain-lain keterangan berbentuk dokumentar/rakaman visual atau bunyi).
  • Salinan fotostat dokumen-dokumen yang dikemukakan bersama hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kumpulan A/Penghulu/ Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Nazir atau Pegawai Tadbir Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Pengerusi Taman Perumahan.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN SYARIE PERCUMA MAIS

Kepada pemohon yang kelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Muat turun borang permohonan:
  2. Isi dengan lengkap pada borang permohonan tersebut.
  3. Sediakan segala dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:
    • Bahagian Undang-Undang Syariah, Sektor Undang-Undang, Majlis Agama Islam Selangor, Tingkat 6, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Guaman Syarie MAIS,  anda boleh merujuk website rasmi Majlis Agama Islam Selangor.

 

ARTIKEL LAIN

IPPAS 2022 (Permohonan Insentif Permulaan Pekerjaan Asnaf Selangor RM300)

 

1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN GUAMAN SYARIE PERCUMA MAIS”

Leave a Comment