SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN PENGUNDI AUTOMATIK (PPSA) SPR
Sekiranya anda seorang warganegara Malaysia dan telah genap berumur 18 atau ke atas layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR apabila dikuatkuasakan secara Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA).
Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan status pendaftan pengundi automatik, semoga membantu.
APA ITU PPSA SPR
Pendaftaran Pengundi Secara Automatik (PPSA) dilaksanakan kepada individu kelayakan Pengundi 18 Tahun berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini bermaksud semua warganegara yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas layak untuk didaftarkan sebagai pemilih / pengundi oleh SPR apabila dikuatkuasakan.
TEMPOH KUATKUASA PELAKSANAAN PPSA SPR
Pelaksanaan PPSA ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.
SYARAT DIDAFTAR PPSA SPR
Berikut adalah merupakan syarat untuk didaftar pengundi secara automatik dalam PPSA:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Menetap di alamat seperti di kad pengenalan; dan
- Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih mengikut undang-undang
- pendaftaran pengundi automatik 18 tahun
PROSES INDIVIDU DIDAFTARKAN MELALUI PPSA SPR
Berikut adalah merupaka proses daftar pengundi melalui PPSA:
- Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pemilih tanpa perlu lagi memohon kepada SPR.
- Proses pendaftaran pemilih secara automatik ini akan mengambil masa sehingga sebulan setengah dari hari individu berkenaan mencapai umur 18 tahun.
- Maklumat pengundian boleh disemak selepas 16hb bulan berikutnya.
CARA SEMAKAN PENDAFTARAN PENGUNDI AUTOMATIK ONLINE (PPSA) SPR
Anda boleh meneymak pemilih baharu tentang maklumat pengundian melalui 3 cara berikut:
- Portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my
- Aplikasi MySPR Semak
- Hotline SPR di talian 03-8892 7018
SOALAN LAZIM
Bagaimana sekiranya nama anda tiada nama dalam PPSA setelah mencapai umur 18 tahun dan ke atas?
Jika nama anda tiada dalam senarai PPSA, anda boleh membuat tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.
Bagaimana sekiranya terdapat kesilapan maklumat dalam PPSA?
Jika nama anda tersenarai tetapi terdapat kesilapan, sila kemukakan tuntutan kepada SPR dengan mengisi Borang C dan mengemukakan borang tersebut di Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan pada hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau secara dalam talian di Portal SPR.
Bagaimana cara untuk tukar alamat SPR?
Pemilih boleh membuat pengemaskinian alamat tersebut dengan pihak JPN. Seterusnya, pemilih hendaklah memohon pertukaran bahagian pilihan raya dengan SPR di mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) yang berkenaan, Pejabat Pos atau melalui MySPR Daftar di https://mysprdaftar.spr.gov.my
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN UNDI POS PRN JOHOR (Apply Online myspr.spr.gov.my)
1 thought on “SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN PENGUNDI AUTOMATIK (PPSA) SPR”