PINJAMAN PELAJARAN GREP MARA: CARA PERMOHONAN PINJAMAN BOELH UBAH PASCA SISWAZAH(Sarjana & Doktor Falsafah)

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Baca juga tentang PERMOHONAN MySPP : CARA DAFTAR MySPP (Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
SYARAT UMUM PERMOHONAN
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
Peringkat pengajian | Tempat pengajian | Had Umur |
Sarjana | Dalam Negara | Tidak melebihi 40 tahun |
Luar Negara | Tidak melebihi 35 tahun | |
Doktor Falsafah | Dalam Negara | Tidak melebihi 45 tahun |
Luar Negara | Tidak melebihi 40 tahun |
- Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
- Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 21 Jun sehingga 5 Julai 2021
TEMPOH PINJAMAN
Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:
- Sarjana : 2 tahun
- Doktor Falsafah : 4 tahun
CARA PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN GREP MARA
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 21 Jun sehingga 05 Julai 2021.
- Pautan Permohonan Dalam Talian – https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Ketahui juga tentang TEMUDUGA ONLINE SPA: 9 TIPS PENTING BUAT PERSEDIAAN AWAL TEMUDUGA ONLINE KETIKA PKP
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
- Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur, Telefon : 03-2613 2103 / 2054 ([email protected] Luar Negara) 03-2613 2584 / 2106 / 2083([email protected] Dalam Negara)
- E-mel:
- [email protected] (bagi permohonan dalam negara)
- [email protected] (bagi permohonan luar negara)