PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dibuka mulai 1 Mei 2020, Proses permohonan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) melalui laman portal GKP.
GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
SYARAT PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
- Warganegara Malaysia
- Perolehan setahun kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja kurang dari 5 orang. Ini tidak termasuk pemilik.
- Hendaklah telah berdaftar di Lembaga Hasil dalam Negeri , Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (bagi Sabah dan Sarawak mengikut enakmen masing-masing) sebelum 31 Disember 2019.
- Perniagaan masih aktif ketika permohonan dilakukan.
- Semakan silang akan dilakukan oleh agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.
TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
Tarikh buka: 1 Mei 2020
Tarikh tutup: 15 Mei 2020
BACA : TARIKH PEMBAYARAN BPN FASA 2
CARA PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN
Untuk memohon, anda perlu mendaftar terlebih dahulu, kemudian login, buat permohonan dan membuat semakan. Berikut adalah cara permohonan Geran Khas Prihatin :
DAFTAR GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
1.Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my.
2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad 12 digit
3.Klik butang Cari
4.Jika perniagaan atas nama anda wujud, anda akan dibawa ke bahagian Soalan Pengesahan. Jika tidak ada, akan keluar butang PERMOHONAN BARU. Sila rujuk panduan permohonan GKP seperti di bahagian seterusnya.
5.Kami andaikan perniagaan anda wujud. Sila jawab semua Soalan Pengesahan yang diberikan.
6.Klik butang Hantar selepas mengisi semua jawapan.
7.Selepas itu, anda akan dikehendaki untuk mendaftar akaun untuk mendapatkan ID GKP. Ini bagi membolehkan anda Log Masuk dan membuat semakan permohonan.
8.Sila semak Nama, Nombor Kad Pengenalan seperti yang terpapar. Sila isi Frasa Keselamatan. Anda hanya boleh masukkan huruf dan nombor sahaja. Aksara khas dan simbol tidak dibenarkan.
9.Pilih lima (5) soalan keselamatan berserta jawapan anda. Klik Teruskan atau Kembali untuk mengubah jawapan.
10.Sila buat semakan jawapan kepada soalan keselamatan seperti yang terpapar. Sekiranya berpuashati, klik Teruskan
11.Pilih Kata Laluan untuk Log Masuk. Sila buat Pengesahan Kata Laluan dengan menaip sekali lagi. Sila ambil maklum bahawa kekuatan Kata Laluan adalah ditentukan oleh warna. Kata Laluan yang bagus ialah yang berwarna hijau.
12. Klik Daftar. Pendaftaran akaun GKP anda kini sudah selesai. Anda boleh klik butang Log Masuk sekarang
LOGIN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
1.Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my. Masukkan ID Pengguna iaitu nombor Mykad. Akan keluar paparan Frasa Keselamatan
2.Jika paparan tersebut adalah sama seperti yang didaftarkan, klik Ya. Jika paparan tersebut tidak sama, klik Tidak. Jika anda terlupa Kata Laluan, klik Terlupa Kata Laluan
3.Selepas itu, masukkan Kata Laluan. Klik butang Log Masuk
4.Selepas berjaya masuk, anda boleh mula daftar permohonan dengan klik butang Daftar GKP.
PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN
PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
1.Layari laman web atau portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my. Jika anda belum daftar akaun, sila baca panduan pendaftaran di atas terlebih dahulu
2.Sila Log Masuk seperti panduan di atas. Klik Daftar GKP
3.Anda kini berada di bahagian MAKLUMAT ENTITI PERNIAGAAN. Sila semak Nama dan Nombor Kad Pengenalan
4.Teruskan dengan mengisi Maklumat Diri, Maklumat Pasangan dan Maklumat Perniagaan dengan betul.
5.Selepas selesai, klik tab Pengesahan di bahagian atas. Sila buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar. Tekan butang Sahkan Captcha. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
6. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan. Klik butang Hantar. Mesej makluman penghantaran borang permohonan berjaya akan dipaparkan
KEMASKINI & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
1.Layari portal rasmi GKP di sini: https://gkp.hasil.gov.my. Jika anda belum daftar buat permohonan lagi, sila baca panduan untuk mohon di atas terlebih dahulu
2.Selepas Log Masuk, anda akan nampak paparan Nama, Nombor MyKad dan Status Permohonan. Klik butang Kemaskini sekiranya anda buat perubahan maklumat
3.Sila beri perhatian pada Status Permohonan untuk mengetahui status terkini mengenai permohonan anda
-Jika Permohonan Diterima, ini bermaksud permohonan baharu anda yang sudah siap diisi sudah berjaya dihantar. Anda juga tidak perlu membuat permohonan semula. Sila tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan.
-Jika Dalam Proses, ini bermakna permohonan anda yang telah diterima sedang dalam proses verifikasi atau semakan dari agensi yang terlibat. Semasa dalam status Dalam Proses, anda tidak boleh buat kemaskini.
-Jika Lulus, ini bermaksud anda layak menerima bantuan. Duit bantuan GKP akan dimasukkan ke dalam akaun yang anda daftarkan dalam borang permohonan. Tarikh duit GKP masuk anda dimaklumkan kemudian.
-Jika Tidak Lulus, ini bermakna anda tidak layak menerimba bantuan GKP.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
Jika terdapat sebarang persoalan dan keraguan mengenai permohonan GKP ini, anda bolehlah hubungi:
Hasil Careline: 03-8911 1000, 603-8911 1100 (Luar Negara)
Waktu perkhidmatan:
Isnin – Jumaat
9.00 pagi – 5.00 petang
3 thoughts on “PERMOHONAN & SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN”