PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 (Semak Status Online & Tarikh Bayaran September)

PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 (Semak Status Online & Tarikh Bayaran September)

PERMOHONAN RAYUAN BKM
Seperti yang dimaklumkan, tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 2 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tetapi bagaimana sekiranya permohonan anda tidak lulus? Semestinya anda akan membuat permohonan rayuan. Disini kami kongsikan cara semakan status rayuan dan tarikh bayaran pada bulan September, semoga membantu.

 

KELAYAKAN PPERMOHONAN RAYUAN BKM

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

 

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BKM

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:

  • Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.
  • Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022*.

* tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

CARA SEMAKAN STATUS BKM

Sebelum itu, anda perlu tahu adakah permohonan status BKM anda sama ada diterima , diluluskan atau tidak. Berikut adalah cara membuat semakan BKM:

  1. Layari laman web rasmi BKM di sini: http://bkm.hasil.gov.my/
  2. Masukkan  no kad pengenalan anda
  3. Masukkan kod catcha yang tertera
  4. Tekan semak
  5. Status BKM anda akan terpapar:
    • Nombor Pengenalan Akaun dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank
    • Nombor Akaun Bank
  6. Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.

 

CARA PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022

Terdapat dua cara permohonan rayuan boleh dibuat.

  1. Melalui atas talian pada laman web http://bkm.hasil.gov.my/
    • login ke dalam sistem BKM dan masuk ke bahagian MyBKM dan klik PermohonanRayuan.
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran (Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan).

NOTA: Perlu diingat bahawa dokumen sokongan diperlukan semasa melakukan rayuan ianya bergantung kepada jenis kod tidak lulus anda.

 

KOD TIDAK LULUS BKM 2022

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan\ data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
07Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
10Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
11Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
14Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
15Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
16Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
17Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
18Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
29Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
30Pemohon berstatus Kahwin tetapi maklumat Pasangan tidak lengkap
31Status Perkahwinan perlu pengesahan
32Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
33Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
34Pasangan meninggal dunia
35Anak meninggal dunia
36Pendapatan perlu pengesahan
38Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
41Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

 

KETERANGAN STATUS TIDAK LULUS KATEGORI BUJANG (KOD 06).

  1. Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06). Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
    • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
      • Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
      • Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
  2. Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
    • Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa. Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.

 

PERMOHONAN RAYUAN BKM TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN

Berikut adalah permohonan rayuan yang tidak boleh dibuat secara online bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:

KOD TIDAK LULUSALASAN TIDAK LULUS
19Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian 20 Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
21Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
22Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain
23Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
24Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain
25Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain
26Anak telah membuat permohonan lain
27Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain

NOTA: perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.

 

SEMAKAN STATUS KELULUSAN RAYUAN BKM 2022

Permohonan yang diluluskan akan menerima BKM boleh membuat semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/

 

TARIKH BAYARAN KELULUSAN RAYUAN BKM 2022

Pembayaran kelulusan rayuan BKM akan dibuat bayaran pada Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada 20 September 2022 dan Disember 2022.⠀

 

KAEDAH PEMBAYARAN AYUAN BKM
Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  1. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat
  2. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022

 

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak membuat Permohonan RayuanBKM?

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM
  • Pemohon yang berstatus Lulus BKM dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Bila tarikh buka tutup rayuan permohonan BKM?

  • Permohonan Rayuan boleh dibuat mulai 2 Mei 2022 selama 1 bulan.

Bagaimanakah Permohonan Rayuan BKM secara dalam talian boleh dilakukan?

  • Permohonan Rayuan BKM secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MyBKM > Permohonan Rayuan

 

ARTIKEL LAIN

BKM FASA 3: Semakan Status Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia

2 thoughts on “PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022 (Semak Status Online & Tarikh Bayaran September)”

Leave a Comment