PERMOHONAN PRIHATIN KASIH: CARA SEMAKAN DAN JADUAL PEMBAYARAN ELAUN RM100

Mulai 1 Julai 2021, penerima Prihatin Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.
Bagaimana cara semakan Prihatin Kasih? Disini kami kongsikan cara untuk membuat semakan.
Baca juga tentang BORANG PROFILING IBU TUNGGAL:DAFTAR & KEMASKINI BANTUAN IBU TUNGGAL JPW
APA ITU PROGRAM KASIH PRIHATIN
Salah satu insentif yang diumumkan Perdana Menteri dalam pakej PEMERKASA adalah program Prihatin Kasih.
Program Prihatin Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.
JUMLAH PEMBAYARAN
Penerima Program Prihatin Kasih akan menerima elaun keseluruhan sebanyak RM300. Pembayaran RM100 dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka selama 3 bulan. Elaun ini boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.
TARIKH PEMBAYARAN
Penerima Prihatin Kasih yang layak, bayaran jadual adalah seperti berikut:
BULAN | JUMLAH |
JULAI | RM100 |
OGOS | RM100 |
SEPTEMBER | RM100 |
JUMLAH | RM300 |
SENARAI BARANGAN
Antara senarai barangan asas yang boleh dibeli temasuklah;
- makanan dalam tin,
- susu bayi,
- beras,
- minyak masak,
- telur, dan
- Sebagainya
CARA SEMAKAN PERMOHONAN PRIHATIN KASIH
Berikut adalah cara semakan:
- Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/
- Isikan nombor kad pengenalan anda.
- Masukkan kod Capctha yang dipaparkan.
- Status anda akan dimaklumkan.
- Jika anda tersenarai, anda akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
SOALAN LAZIM
Bagaimana pemilihan kelayakan?
Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR, adalah layak menerima Prihatin Kasih.
Berapakah jumlah bantuan?
RM100 sebulan selama 3 bulan untuk pembelian barangan asas.
Bilakah bayaran akan dibuat?
Pembayaran akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 haribulan setiap bulan.
Ketahui juga tentang DUIT GKP 4.0: CARA PERMOHONAN, SEMAKAN & TARIKH PEMBAYARAN
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendaptkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi MyKasih di talian 03-7720188 atau hantarkan emel ke [email protected] Boleh juga layari laman web rasmi mereka di