PERMOHONAN ONLINE BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000

APA ITU BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE
Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan fasa kedua pakej bantuan dalam ‘Sabah New Deal’ bernilai RM240 juta khusus untuk mengaktif semula, memulih dan menyuburkan kembali sektor-sektor ekonomi negeri yang telah terjejas, termasuk menjadikan Sabah lebih berdaya saing dalam era digital.
Daripada jumlah peruntukan di bawah Sabah New Deal ini, sebanyak RM20Juta disalurkan kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Sabah untuk membantu Usahawan Mikro dan Cottage di Negeri Sabah.
Baca juga tentang CARA PERMOHONAN I-SINAR KATEGORI 2, SYARAT & TARIKH PEMBAYARAN
TUJUAN BANTUAN
Tujuan Bantuan
Menaiktaraf dan menambahbaik aktiviti pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan khususnya pengeluar produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
Meringankan kesulitan yang dihadapi berikutan penularan wabak Covid-19
SASARAN BANTUAN
Usahawan Mikro & Cottage khususnya yang mengeluarkan produk-produk makanan di luar bandar yang berskala kecil.
Produk-produk lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro & Cottage.
KADAR BANTUAN
Bantuan sejumlah RM1000 tunai sahaja yang akan memanfaat setiap pemohon yang diluluskan oleh Jawatankuasa Bantuan Geran Mikro dan Cottage dalam aspek modal pusingan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan serta pelabelan, logistik dan pemasaran atas talian.
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
- Usahawan mikro dan cottage di luar bandar yang berskala kecil dengan jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM50,000.
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berasal dari Sabah dan beroperasi di Sabah.
- Bantuan ini khusus untuk usahawan Mikro dan Cottage yang sudah beroperasi dan sedang menghasilkan produk & perkhidmatan sahaja.
- Mempunyai Lesen Perniagaan atau surat pengesahan rasmi daripada Pengerusi MPKK, mengenai perusahaan atau aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang sedang dijalankan.
- Mengisi dengan lengkap borang permohonan Bantuan Geran Mikro & Cottage secara atas talian, melalui emel atau menghantar borang yang telah dilengkapkan ke pejabat DIDR.
- Menyertakan salinan kad pengenalan, lesen perniagaan atau surat pengesahan Pengerusi MPKK yang disahkan dan gambar-gambar produk dan aktiviti pengeluaran serta salinan muka depan buku bank yang mengandungi butiran peribadi pemohon seperti yang tertera pada kad pengenalan pemohon.
- Keutamaan adalah diberi kepada pengusaha yang belum mendapat Bantuan IKS (BAIKS)
- Bantuan ini tidak merangkumi Petani, Penternak dan Nelayan.
TARIKH PERMOHONAN
20HB JULAI 2020 HINGGA 31HB OGOS 2020
PERMOHONAN ONLINE BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000
PERMOHONAN ONLINE
Usahawan yang layak boleh membuat permohonan online disini https://forms.gle/cxyxe6dkKFGYdwfs6
BORANG PERMOHONAN BANTUAN GERAN MIKRO DAN COTTAGE RM1000
Usahawan yang layak boleh membuat permohonan melalui borang disini
Ketahui juga tentang SEMAKAN ONLINE STATUS BANTUAN TUNAI PRIHATIN COVID-19 SABAH RM300
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau jika ada sebarang pertanyaan berkenaan program ini, sila hubungi Biro Permohonan dan Database, Pasukan Petugas SND RM20Juta UMC berikut :
1) Encik Rodolfo Blantocas (Ketua 1) – (088) 215 822
2) Cik Mary Boniface (Ketua 2) – (088) 262 043
3) Cik Sharifah Norizan Sh. Sihan – (088) 225 590
4) Cik Alicia Pawan – (088) 225 443
5) Encik Mohd. Affendy Abdullah Minun – (088) 231 204
6) Encik Joseph Gabriel – (088) 225 445
7) Cik Nur Farahana Sykila Francis – (088) 225 445
8) Cik Sh. Noratikah Sh. Sihan – (088) 225 445
No. Faks : 088-257814 atau menghantar emel ke Urusetia [email protected]
Sya Ingin meminta bantu zakat untuk orang2 miskin macam saya
Warga emas