PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1 000 UNTUK WANITA

PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1 000 UNTUK WANITA

Para usahawan wanita yang kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) iaitu Bantuan MyKasih Kapital.

PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL

Untuk makluman, YKN adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang mana tujuan umum yayasan ini ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.

Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilaksanakan melalui YKN adalah melalui Bantuan MyKasih Kapital bagi membantu usahawan wanita dalam aspek bantuan modal perniagaan.

Permohonan bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan usahawan wanita yang memerlukan modal perniagaan adalah dialu-alukan untuk memohon

Baca juga tentang PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA: CARA PERMOHONAN INSENTIF PERANTIS BARU RM800 MULAI APRIL 2021

MyKASIH KAPITAL

Ia adalah bantuan modal perniagaan untuk wanita yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021.

Berikut adalah objektif program:

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MyKASIH KAPITAL

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan kepada yang berminat:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  2. Golongan wanita sahaja
  3. Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

TARIKH BUKA PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL

  • Bermula 10 April 2021.

CARA PERMOHON MyKASIH KAPITAL

  1. Sila layari pautan berikut:https://forms.gle/Z9veNUsMjqiTe1VU8
  2. Lengkapkan borang permohonan
  3. Klik HANTAR

SOALAN LAZIM

Bila insentif MyKasih Kapital diperkenalkan?

  • Sempena Hari Wanita pada 8 Mac 2021

Siapakah sasaran insentif ini?

  • Insentif ini  bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang penerima berkelayakan.

Berapa kadar bantuan modal perniagaan yang ditawarkan?

  • Modal maksimum RM1,000 di mana insentif tambahan kepada insentif sedia ada itu disediakan antara lain untuk kegunaan dalam bidang e-dagang ataupun dropship.

Ketahui juga tentang CHECK BPR FASA 2: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (PERMOHONAN BARU)

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sila hubungi  Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital

  • Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia,Aras 8, Bangunan KPWKM,No.55, Persiaran Perdana,Presint 4, 61200 Putrajaya
  • No. telefon :  03 – 8323 2433/03-8323 2433
  • Layari yknm.org.my

1 thought on “PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1 000 UNTUK WANITA”

Leave a Comment