TARIKH MULA PUASA 2025 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)

TARIKH MULA PUASA 2025 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)

TARIKH MULA PUASA

Sebagai persedian awal, semestinya anda ingin  mengetahui tarikh ibadat puasa pada bulan Ramadhan bagi 2025. Di sini kami kongsikan kepada anda semua umat islam terutamanya di Malaysia berkenaan tarikh awal ramadhan, semoga membantu.

 

CARA MELIHAT ANAK BULAN (Penentuan Tarikh Puasa)

  • Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
  • Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam.
  • Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.
  • Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
  • Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.
  • Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.

 

TARIKH PUASA BAGI TAHUN 2025

  • Tarikh mula puasa bagi di bulan Ramadhan tahun 2025 bersamaan 1446 hijrah bagi Malaysia dijangka pada 2 Mac 2025.

NOTA:  Walaubagaimanapun, ianya tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

 

TARIKH CUTI AWAL RAMADHAN TAHUN 2025

Cuti awal puasa adalah pada 2 Mac 2025 (Ahad). Negeri yang mengambil cuti sempena Awal Ramadhan adalah Johor, Kedah dan Melaka

 

TARIKH PENTING DALAM ISLAM BAGI TAHUN 2025

Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam yang anda harus ketahui:

TARIKH HIJRITARIKH MILADIHARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
* 1 Ramadan 14462 Mac 2025*Awal Ramadan / Berpuasa
17 Ramadan 144618 Mac 2025Nuzul al-Quran
* 1 Syawal 144631 Mac 2025*Hari Raya Puasa /Aidilfitri
1 Zulhijjah 1446 29 Mei 2025Awal Zulhijjah
* 10 Zulhijjah 14467 Jun 2025*Hari Raya Korban /Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul

* Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malaysia

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai tarikh-tarikh penting dalam Islam, anda boleh merujuk website rasmi Jsila rujuk laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

ARTIKEL LAIN

2 thoughts on “TARIKH MULA PUASA 2025 DI MALAYSIA JAKIM (Cuti Awal Ramadhan)”

Leave a Comment