PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PDPR: CARA PERMOHONAN & JUMLAH BANTUAN PERANTI

PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PDPR: CARA PERMOHONAN & JUMLAH BANTUAN PERANTI

PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PDPR

Para pelajar di Negeri Sembilan yang tidak berkemampuan untuk memiliki peranti bagi menjalankan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan bantuan bagi membantu para pelajar yang tidak berkemampuan untuk memiliki peranti sendiri melalui Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan.

Pelaksanaan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan telah diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 3 Februari 2021 yang mana matlamat pelaksanaan inisiatif ini adalah bagi membantu pelajar dan ibu bapa dalam memastikan setiap anak dapat mengikuti PdPR dengan baik dan sempurna.

Untuk makluman, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan kebanyakan sekolah dan universiti di seluruh negara terpaksa ditutup dan sesi pembelajaran terpaksa dilakukan secara PdPR.

Ini sekaligus memberikan kesukaran kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menyediakan kelengkapan peranti yang membolehkan anak-anak mereka dapat menjalankan PdPR dengan baik.

Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan telah dibuka melalui 15 Februari 2021 dan permohonan perlu dilakukan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhampiran.

Baca juga tentang KEMASKINI AMAUN i-SINAR ( CARA TUKAR JUMLAH PENGELUARAN SECARA ONLINE ATAU GUNA BORANG PINDAAN)

JUMLAH BANTUAN PERANTI

Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan ini akan melibatkan pemberian sebanyak 3,600 buah peranti bagi keluarga yang layak di seluruh Negeri Sembilan.

Keutamaan pelajar yang akan menerima inisiatif ini adalah pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan atau tergolong dalam golongan B40.

PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PDPR

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Klik link berikut http://bit.ly/InisiatifPerantiKerajaanNS
  2. Muat turun Borang Permohonan dan Borang Pengesahan Pendatapan (jika diperlukan).
  3. Isi Borang Permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang ditetapkan.
  5. Hantar Borang Permohonan dan dokumen sokongan di Pusat Khidmat DUN mengikut tempat tinggal pemohon.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama dengan borang permohonan iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  • Salinan penyata gaji atau perakuan pendapatan ibu bapa (jika bekerja sendiri).
  • Salinan kad pelajar (pelajar IPT sahaja).

PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PDPR: PUSAT KHIDMAT DUN

Pemohon boleh merujuk alamat di bawah bagi penghantaran Borang Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan.

  • Sikamat – Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat, 510-A, Taman Sikamat Jaya, 70400, Seremban, N. Sembilan
  • Bahau – Pusat Khidmat Rakyat DUN Bahau,No. 13, Jalan Meranti 36, Taman Meranti, 72100 Bahau N. Sembilan.
  • Ampangan – Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan,No. 52A-1, Jalan Cempaka,Bandar Baru Ampangan, 70400 Seremban, N. Sembilan.
  • Paroi – Pusat Khidmat DUN Paroi, No. 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning, 70450 Senawang, N. Sembilan.
  • Labu – Pusat Khidmat DUN Labu, No. 5, Bangunan Koperasi Mukim Labu, Batu 10,Labu, N. Sembilan.
  • Nilai – Pusat Khidmat DUN Nilai, No. 32, Tingkat 1, Jalan Besar, 71700 Mantin, N. Sembilan.
  • Klawang – Pusat Khidmat DUN Klawang, Pekan Kuala Klawang, 71600 Kuala Klawang, N. Sembilan.
  • Repah – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Repah, Plot 2636, Tingkat Bawah, Jalan Indah 6/1, 73000 Tampin, N. Sembilan.
  • Pilah – Pusat Khidmat DUN Pilah, No.4, Tingkat Atas, Taman Ampang Tinggi, 72000 Kuala Pilah, N. Sembilan.
  • Bukit Kepayang            – Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang, No. 281, Tingkat Bawah, Jalan Bukit Intan 7, Taman Bukit Intan (Pusat Perniagaan), 70200 Seremban, N. Sembilan.
  • Lukut – Pusat Khidmat DUN Lukut, No. 72, Tingkat Atas, Jalan Pasar Baru, 71010 Lukut, Port Dickson, N. Sembilan.
  • Chennah – Pusat Perkhidmatan ADUN Chennah, No. 1, Jalan Besar Titi, 76150 Jelebu, N. Sembilan.
  • Sri Tanjung – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sri Tanjung, No. 11A, Jalan Mahajaya, Port Dickson Center Point, 71000 Port Dickson, N. Sembilan.
  • Lenggeng – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lenggeng, Dewan Masyarakat Pantai, Batu 8, Pantai, 71770 Seremban, N. Sembilan.
  • Chuah – Pusat Khidmat DUN Chuah, No. 22 Jalan Bayan, Taman Bayan, Bukit Pelandok, 71960 Port Dickson, N. Sembilan.
  • Seremban Jaya – Pusat Perkhidmatan ADUN Seremban Jaya, No. 2844, Tingkat 1, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban, N. Sembilan.
  • Mambau            – Pusat Khidmat DUN Mambau, 3784, Tingkat 1, Jalan RJ 6/10, Rasah Jaya, 70300 Seremban, N. Sembilan.
  • Temiang            – Pusat Perkhidmatan ADUN Temiang, No. 307-1, Jalan Temiang, 70200 Seremban, N. Sembilan.
  • Rahang – Pusat Perkhidmatan Rakyat ADUN Rahang, No. 1277, Tingkat 1, Jalan Rasah, 70300 Seremban, N. Sembilan.
  • Lobak – Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lobak, 16, Lorong Permata 4/1, Taman Permata, 70200 Seremban.
  • Pertang – Pusat Khidmat DUN Pertang, No. 3, Bazaar Mdj Pertang, 72300 Simpang Pertang, N. Sembilan.
  • Sungai Lui – Pusat Khidmat DUN Sungai Lui, No. 77b Jalan Air Hitam-Bahau, Kg Lama Ayer Hitam, 72120 Bandar Seri Jempol, N. Sembilan.
  • Serting – Pusat Khidmat DUN Serting, No. 319 Tingkat Atas, Pusat Perniagaan Serting, 72120 Bandar Seri Jempol, N. Sembilan.
  • Palong – Pusat Khidmat DUN Palong, Bangunan Mpkk Felda Palong 4, Jalan Puding, 73470 Pusat Bandar Palong, N. Sembilan.
  • Jeram Padang – Pusat Khidmat DUN Jeram Padang, No. 5362 Tingkat 1, Jalan Suria, Taman Suria, 73500 Rompin, N. Sembilan.
  • Juasseh – Pusat Khidmat DUN Juasseh, No 5 & 5A, Jalan Juasseh Sentosa 1, Taman Juasseh Sentosa, 72000 Kuala Pilah, N. Sembilan.
  • Seri Menanti – Pusat Khidmat DUN Seri Menanti, Balai Muhibbah Tanjung Ipoh, 71500 Tanjung Ipoh, N. Sembilan.
  • Senaling – Pusat Khidmat DUN Senaling, Balairaya Kampung Tebat Kering, Jalan Tampin 72000 Kuala Pilah, N. Sembilan.
  • Johol – Pusat Khidmat DUN Johol, No. 1602, Jalan Besar Pekan Johol, 73000 Johol, N. Sembilan.
  • Chembong – Pusat Khidmat DUN Chembong, No. 9-1 Jalan Rs 1, Rembau Sentral, 71300 Rembau, N. Sembilan.
  • Rantau – Pusat Khidmat DUN Rantau, No. 2522 Jalan TD/2, Taman Delima, 71200 Rantau, N. Sembilan.
  • Kota – Pusat Khidmat DUN Kota, Pusat Pentadbiran DUN Kota Chengkau, 71300 Rembau, N. Sembilan.
  • Bagan Pinang – Pusat Khidmat DUN Bagan Pinang, Bt 3 Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71050 Port Dickson, N. Sembilan.
  • Linggi – Pusat Khidmat DUN Linggi, No. 684 Tingkat 1, Jalan Linggi, Linggi, 71150 Port Dickson, N. Sembilan.
  • Gemencheh – Pusat Khidmat DUN Gemencheh, No 14A Jalan PKG2, Pusat Komersial Gemencheh Baru, 73200 Gemencheh, N. Sembilan.
  • Gemas – Pusat Khidmat DUN Gemas, No. A11 Tingkat Atas, Jalan Desa Permai, Taman Desa Permai, 73400 Gemas, N. Sembilan.

Ketahui juga tentang CARA PERMOHONAN NADI: INISIATIF PINJAMAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM3,000

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan, layari http://bit.ly/InisiatifPerantiKerajaanNS.

Leave a Comment