PERMOHONAN eBaucar RM800

PERMOHONAN  eBaucar RM800

PERMOHONAN  eBaucar RM800

Bagi membantu ibu bapa yang bekerja dari rumah, kerajaan akan memberi subsidi dan insentif perbelanjaan perkhidmatan penjagaan anak seperti berikut :

  • Pemberian eBaucar bernilai RM800 untuk mendapatkan perkhidmatan pengasuh mobil.eBaucar boleh dituntut sehingga penghujung Ogos 2020.
  • Menaikan had pelepasan cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada pusat asuhan dan taman didikan kanak-kanak daripada RM2000 kepada RM3000 bagi tahun taksiran 2020 da 2021.
  • Geran secara ‘one-off’ sehingga RM5,000 kepada pengendali taska yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sehingga 31 Disember 2020 untuk memenuhi SOP penjagaan kesihatan baharu.
  • Insentif tersebut adalah untuk melatih pengasuh baharu bagi penjagaan kanak-kanak dan kursus pendidikan awal di bawah KPWKM.         

PENGASUH MOBIL

Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang “pengasuh mobil”.

Pengasuh bertugas menjaga anak anda di rumah anda sendiri dikenali sebagai pengasuh mobil.

Selain daripada penjagaan umum kanak-kanak, pengasuh yang berkelayakan juga berpengetahuan dalam bidang nutrisi, kesihatan dan keselamatan, pembelajaran melalui bermain, serta perkembangan emosi, sosial, fizikal, bahasa dan intelek kanak-kanak dari sejak lahir hingga umur lapan tahun.

Ini Resepi Masak Ayam Rose Wangi untuk anda cuba.

SENARAI TUGAS PENGASUH

Tanggung jawab utama pengasuh ialah memenuhi keperluan sosial, intelek dan emosi anak anda. Ini bermakna, mereka harus memastikan bayi anda mendapat diet yang seimbang, melakukan banyak aktviti yang merangsang perkembangan dan tentu sekali pelukan dan kasih sayang.

Mereka juga bertanggung jawab ke atas semua rutin domestik berkaitan dengan anak anda seperti mengemas katil, membersihkan tandas dan mencuci dan menggosok pakaian anak anda.

CARA PILIH PENGASUH

1. Semak profil laman sosial pengasuh dan lihat perkataan yang digunakannya sama ada baik atau sebaliknya.

2. Ketika meninjau ke rumah pengasuh lihat persekitaran rumah dan anak di bawah jagaan pengasuh.

3. Lihat juga sama ada pengasuh berdaftar dengan JKM atau tidak sekiranya anak jagaan melebihi empat orang. Jika tidak abaikan saja dan cari pengasuh lain.

CARA PERMOHONAN eBaucar RM800

*Akan dikemaskini

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai sistem eZi2Care,

Sila emelkan ke : [email protected]

3 thoughts on “PERMOHONAN eBaucar RM800”

Leave a Comment