PERMOHONAN BTAR 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

PERMOHONAN BTAR 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

PERMOHONAN BTAR 2021

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR 2021) kini telah dibuka.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Biasiswa ini ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.

Selain daripada elaun, BTAR juga membantu para pelajar dengan program kepimpinan dan mentorship.

Baca juga tentang PERMOHONAN INSENTIF PETANI MUDA: MODAL KEWANGAN SEHINGGA RM10,000

APAKAH BTAR 2021?

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bertujuan untuk membantu pelajar yang berpotensi tinggi dan layak supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di institusi tempatan, sama ada awam ataupun swasta.

Oleh kerana BTAR menekankan kecemerlangan yang holistik, penerima-penerima biasiswa yang dipanggil Tunku Scholars ini akan melalui program kepimpinan yang berlangsung selama 2 tahun.

Program ini akan melengkapkan Tunku Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran dan nilai-nilai yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang adil dan bersatu padu.

Selain itu, penerima BTAR juga akan mendapat tajaan yuran univerisiti, elaun bulanan, elaun tahunan dan elaun sekali sepanjang biasiswa.

KRITERIA / SYARAT KELAYAKAN

Kriteria permohonan ada seperti berikut:

  • PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU
  • BBB untuk A-level
  • NOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon

Keutamaan akan diberikan kepada

  • Pendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah
  • Pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian
  • Calon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan

CARA PERMOHONAN BTAR 2021

Semua calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online dengan mengikut langkah berikut:

  1. Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman’s www.yayasantar.org.my
  2. Tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan.
  4. Tulis esei permohonan.
  5. Tunggu panggilan temuduga.
  6. Semak keputusan penawaran biasiswa.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Permohonan BTAR akan ditutup pada 12 April 2021 pukul 11.59pm.

Ketahui juga tentang eKASIH 2021: PANDUAN PENDAFTARAN, SYARAT KELAYAKAN, SEMAKAN STATUS & PENERIMA BANTUAN

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada [email protected] berserta tangkapan skrin masalah tersebut.

Rujuk FAQ (Soalan Lazim) untuk mendapatkan maklumat lanjut di https://www.yayasantar.org.my/bm/soalan-lazim/

Mohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2021 di www.yayasantar.org.my

1 thought on “PERMOHONAN BTAR 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN”

Leave a Comment