SENARAI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM

SENARAI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM

SENARAI KABINET KERAJAAN PERPADUAN

Perdana Menteri Malaysia ke 10 mengambil pendekatan tidak tergesa-gesa dalam memuktamadkan senarai Kabinet bagi mengelak lantikan tertentu atas tujuan memberi ‘ganjaran’ berlebihan. Beliau sebaliknya mahu anggota Kabinet yang dilantik menyokongnya atas dasar polisi dan komitmen terhadap tadbir urus baik, memerangi isu rasuah dan pertumbuhan ekonomi negara.

 

APA ITU KABINET MALAYSIA

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.

 

PERLANTIKAN ANGGOTA KABINET

Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.

 

KEAHLIAN BARISAN KABINET

  • Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.

 

KADAR GAJI MENTERI KABINET

Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.[4]

 

TARIKH PENGUMUMAN KABINET KERAJAAN PERPADUAN

Barisan Kabinet Perdana Menteri dijangka diumumkan sebelum 2.12.2022, Jumaat bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan akan mengambil masa selama 2 minggu untuk mengkaji kos sara hidup rakyat sebelum pembentangan kabinet.

 

SENARAI KABINET KERAJAAN PERPADUAN

Berikut adalah merupakan senarai kabinet bagi Kerajaan Perpaduan Malaysia:

PORTFOLIO

PENJAWAT

PARTI

Perdana Menteri

YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

PKR

Timbalan Perdana Menteri

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BN

Datuk Seri Fadillah Yusof

GPS

Menteri Kewangan

YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim

PKR

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BN

Menteri Perladangan dan Komuniti

Datuk Seri Fadillah Yusof

GPS

Menteri Pengangkutan

Loke Siew Fook

DAP

Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Mohamad Bin Sabu

Amanah

Menteri Ekonomi

Mohd Rafizi Bin Ramli

PKR

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

Nga Kor Ming

DAP

Menteri Pertahanan

 

Datuk Seri Mohamad Bin Haji Hasan

BN

Menteri Kerja Raya

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

GPS

Menteri Dalam Negeri

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PKR

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

Datuk Seri Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz

BN

Menteri Pendidikan Tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

BN

Menteri Sains Dan Teknologi

Chang Lih Kang

PKR

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Datuk Seri Nancy Binti Shukri

GPS

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub

Amanah

Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi

Datuk Seri Azalina Binti Othman

BN

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim

Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

PKR

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Datuk Ewon Benedick

GRS

Menteri Luar Negeri

Datuk Seri Dr Zambry Bin Abd Kadir

BN

Menteri Pelancongan

Datuk Seri Tiong King Sing

GPS

Menteri Komunikasi Digital

Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil

PKR

Menteri Pendidikan

Fadhlina Binti Sidek

PKR

Menteri Perpaduan Negara

Ago Anak Dagang

GPS

Menteri Agama

Datuk Dr Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar

 

Menteri Belia Dan Sukan

Yeoh Tseow Suan

DAP

Menteri Sumber Manusia

Sivakumar A/L Varatharaju Naidu

DAP

Menteri Kesihatan

Dr Zaliha Binti Mustafa

PKR

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Dan Sarawak)

Armizan Mohd Ali

BN

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai senarai kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia, anda boleh melayari website rasmi Bahagian Kabinet, Perlembangaan dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri 

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN JAWATAN KERJA KERAJAAN SPA SETIAP NEGERI

14 thoughts on “SENARAI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM”

Leave a Comment