SPiM MARA (Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Sehingga RM500000)

SPiM MARA (Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Sehingga RM500000)

SPiM MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini telah membuka pembiayaan kepada  Usahawan Bumiputera dalam sektor utama menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan secara online, semoga membantu.

 

APA ITU SPiM

Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM) bertujuan Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan kepada usahawan Bumiputera dalam sektor utama iaitu Perdagangan, Perkhidmatan dan Pembuatan kecuali Pertanian dan Penternakan

 

SYARAT PEMBIAYAAN SPiM MARA

Berikut adalah merupakan syaratat asas yang telah ditetapkan:

  • Warganegara dan Bumiputera
  • Berumur 18-60 tahun
  • Berpengalaman / berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  • Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  • Mempunyai premis perniagaan
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  • Perniagaan patuh Syariah
  • Bebas dari senarai hitam MARA
  • Lulus ujian psikometrik (markah 55% ke atas)
  • Sumbangan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek

 

SKOP PEMBIAYAAN SPiM

Berikut adalah merupakan skop pembiayaan bagi SPiM:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai Premis Perniagaan

 

KADAR HAD PEMBIAYAAN SPiM

Berikut adalah merupakan had pembiayaan mengikut kayagori:

  • Milikan Tunggal / Perkongsian : RM250,000.00
  • Syarikat Sdn. Bhd : RM500,000.00

 

TEMPOH PEMBIAYAAN SPiM

Tempoh pembiayaan adalah selama 1-10 tahun atau 12-120 bulan.

 

JAMINAN ATAU CAGARAN SPiM

Berikut adalah merupakan jaminan atau cagaran yang dikenakan:

  • Jaminan
    • Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon.
  • Cagaran
    • Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon.
  • Gabungan kedua-duanya sekali
  • Simpanan Tetap
    • Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan
    • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

CARA PERMOHONAN SPiM MARA

Kepda pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan dengan cara berikut:

  1. Layari pautan Sistem Permohonan Pembiayaan MARA 
  2. Klik pada Daftar Pengguna Baru. Sekiranya pernah mendaftar sebagai pengguna pada Permohonan Kursus MARA, mohon menggunakan ID dan Katalaluan yang sama untuk Log Masuk Sistem Permohonan Pembiayaan.
  3. Isikan segala maklumay diperlukan dengan lengkap dan klik Daftar.
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Ikut arahan selanjutnya untuk membuat pembiayaan dan lengkapkan permohonan dengan maklumat yang diperlukan dengan tepat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai SPiM MARA, sila layari website rasmi MARA di pautan https://www.mara.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA ONLINE 2022 (Daftar aplikasi.mara.gov.my)

 

5 thoughts on “SPiM MARA (Permohonan Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Sehingga RM500000)”

Leave a Comment