PERMOHONAN BANTUAN DEPOSIT SEWA RUMAH & SEWA RUMAH BULANAN MAIWP 2024

PERMOHONAN BANTUAN DEPOSIT SEWA RUMAH & SEWA RUMAH BULANAN MAIWP

BANTUAN SEWA RUMAH MAIWP

Kepada golongan asnaf yang berada di Wilayah Persekutuan yang ingin menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa, anda boleh membuat permohonan melalui MAIWP. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.\

 

APA ITU BANTUAN SEWA RUMAH MAIWP

Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah dan Sewa Rumah Bulanan disediakan oleh MAIWP bagi membantu asnaf di Wilayah Persekutuan yang mengalami kesusahan untuk membuat bayaran deposit sewa rumah dan sewa rumah bulanan.

 

SYARAT BANTUAN SEWA RUMAH MAIWP

Berikut adalah merupakan syarat umum yang telah ditetapkan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

 

NEGERI DI BAWAH MAIWP

Berikut adalah merupakan antara negri yang dibawah MAIWP yang layak memohon:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • Borang permohonan
  • Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  • Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  • Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contoh : DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain)
  • Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu)
  • Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu)
  • Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir / terkini

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN SEWA RUMAH MAIWP

Jika anda memenuhi kelayakan dan ingin membuat permohonan bantuan ini, berikut adalah caranya:

  1. Muat turun Borang Permohonan Skim bantuan Baitulmal MAIWP
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap
  3. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan mestilah dihantar ke kaunter cawangan MAIWP berdekatan.

 

SENARAI CAWANGAN KAUNTER MAIWP

Untuk mengetahui senarai kaunter yang berhampiran anda, boleh rujuk di bawah

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bentuan sewa rumah MAIWP ini. Sila layari website rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP SEHINGGA RM1000

Leave a Comment