PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK

Salam sejahtera para ibu bapa, pihak sekolah dan para pelajar yang dihormati;

Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak merupakan inisiatif perintis Kerajaan Sarawak untuk mensejahterakan dan meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama. Ianya bermula 17hb ogos 2020

Ia juga memudahkan anak-anak ke sekolah dengan menaiki bas percuma mengikut waktu dan jadual perjalanan bas selain dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar.

Baca juga tentang SYARAT & CARA DAFTAR HAJI MELALUI KWSP TANPA DEPOSIT

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA

Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar di sekolah terlibat di bawah;

  • SJK (C) Sungai Apong
  • SJK Chung Hua Kuching
  • SK Gita
  • SK Matang Jaya
  • SK Merpati Jepang
  • SK Petra Jaya
  • SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan
  • SK Semariang
  • SK Semerah Padi
  • SK St. Andrew (M)
  • SK Tabuan
  • SK Tabuan Hilir
  • SMK Bako
  • SMK Bandar Semariang
  • SMK Batu Kawa
  • SMK Jalan Arang
  • SMK Kuching High
  • SMK Matang Hilir
  • SMK Matang Jaya
  • SMK Pending
  • SMK Petra Jaya
  • SMK Santubong
  • SMK Semerah Padi
  • SMK Seri Setia
  • SMK St. Joseph
  • SMK St. Mary
  • SMK St. Teresa
  • SMK St. Thomas
  • SMK Tun Abang Haji Openg
  • SMK Tunku Abdul Rahman.

Para ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar boleh memuat turun peta menerusi pautan di bawah:

http://yayasansarawak.org.my/wp-content/uploads/2020/07/School-Bus-Maps-Ver-2.pdf

Pada masa yang sama, anda juga boleh memuat turun aplikasi Free School Bus sekarang juga menerusi pautan berikut;

a. Apple Store bagi peranti iOS (iPhone/iPad/iPod Touch)

https://apps.apple.com/my/app/sarawak-school-bus-service/id1522638184

b. Google Play Store bagi peranti Android

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.org.yayasansarawak.freeschoolbus

Aplikasi tersebut juga akan memaparkan laluan-laluan terlibat, tempat perhentian bas serta lokasi masa nyata (real-time) bas sekolah dan amat berguna untuk para ibu bapa juga guru untuk mengetahui perjalanan bas sekolah tersebut.

Justeru, kami menggalakkan para pengguna untuk memasang aplikasi Sarawak Free School Bus dan berkongsikan maklumat ini dengan rakan – rakan yang bakal menerima manfaat daripada Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Sarawak.

1 thought on “PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KERAJAAN SARAWAK”

Leave a Comment