CARA AKTIFKAN DEACTIVATE CANCEL PAYDIRECT TOUCH ‘N GO (Tak Perlu Tambah Nilai Kad)

CARA AKTIFKAN DEACTIVATE CANCEL PAYDIRECT TOUCH ‘N GO (Tak Perlu Tambah Nilai Kad)

PAYDIRECT TOUCH 'N GO

Adakah anda sudah intalls eWallet TnG di handphone anda? Dengan tambah nilai melalui aplikasi ini, anda boleh aktifkan Paydirect  supaya dapat membuat potongan melalui tol dengan menggunakan kad TnG anda. Ini bermaksud anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk menambah nilai di Kad TnG anda tersebut. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk aktifkan Paydirect TnG, semoga membantu.

 

APA ITU PAYDIRECT

PayDirect membolehkan pengguna menambah sehingga tiga (3) kad Touch ‘n Go ke eWallet untuk penggunaan tol. Kad Touch ‘n Go yang telah ditambah ke eWallet akan digunakan sebagai perantara untuk melalui lorong “Touch ‘n Go” dan “SmartTAG” di lebuh raya yang mengambil bahagian.

Apabila pengguna melintasi plaza tol, kadar tol akan ditolak dari eWallet. Jika eWallet tidak mempunyai dana yang mencukupi, kadar tol akan ditolak dari kad Touch ‘n Go.

 

KELEBIHAN GUNA PAYDIRECT

Dengan PayDirect, anda boleh

  • Melalui tol dengan mudah, tanpa perlu menambah nilai kad Touch ‘n Go anda secara fizikal.
  • Tidak perlu bimbang tentang baki yang tidak mencukupi dalam kad Touch ‘n Go anda di tol. Anda hanya perlu memastikan bahawa eWallet anda mempunyai baki yang mencukupi
  • Anda boleh melihat rekod transaksi kad Touch ‘n Go anda sehingga 90 hari.

 

CARA AKTIFKAN PAYDIRECT TOUCH ‘N GO

Berikut adalah merupakan cara untuk aktifkan Paydirect:

  1. Lancarkan aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
  2. Klik pada ikon ‘Toll’ dan kemudian ‘PayDirect’
  3. klik pada butang ‘Add TNG Card Now’ (Jika anda sudah menambah kad Touch ‘n Go, anda akan melihat butang ‘View TNG Card’)
  4. Masukkan 10 digit nombor siri kad Touch ‘n Go anda
  5. Setelah selesai menambah kad, gunakan kad Touch ‘n Go anda seperti biasa di plaza tol di lebuh raya yang mengambil bahagian – imbas pada pembaca kad atau dengan SmartTAG
  6. Kadar tol akan dipotong terus dari eWallet anda.

NOTA: Sila pastikan baki Touch ‘n Go eWallet anda mencukupi untuk transaksi tol

 

CARA DEACTIVE PAYDIRECT TOUCH ‘N GO

Sekiranya anda untuk deactive fungsi Paydirect ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Touch n Go eWallet anda
  2. Pada menu utama klik pada TNG Card > pilih kad
  3. Seterusnya klik pada titik > PayDirect > klik untuk nyahaktif Paydirect
  4. Sekiranya anda ingin aktifkan kembali hanya klik sekali lagi untuk aktifkan.

 

PLAZA TOL YANG GUNA PAYDIRECT TOUCH ‘N GO

Pada masa ini, PayDirect hanya boleh didapati di semua sistem tol terbuka di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Antara tol yang tidak menerimanya ialah lebuh raya PLUS.

Lihat senarai penuh lebuh raya yang mengambil bahagian DI SINI

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PAYDIRECT TOUCH ‘N GO

Untuk mengetahui lebih lanjut persoalan tentang Paydirect, anda boleh merujuk DI SINI 

 

ARTIKEL LAIN

CARA TOPUP KAD TOUCH ‘n GO BARU NFC (Tambah Nilai Online)

Leave a Comment