PERMOHONAN PROGRAM PEMBIAYAAN INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA (MYEZYCOVER.COM)

PERMOHONAN PROGRAM PEMBIAYAAN INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA (MYEZYCOVER.COM)

INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA

Kepada semua penjawat awam, kini kerajaan telah memperkenalkan MyEzyCover iaitu menawarkan pembayaran takaful (insurans) kenderaan secara asuran. Disini kami akan kongsikan sedikit maklumat mengenai maklumat ini, semoga membantu.

 

APA ITU INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA

MyEzyCover adalah jenama di bawah naungan A Tech Insure Sdn BhH, Ia adalah firma aplikasi digital teknologi insurans yang terlibat dalam industri takaful am dan insurans am.

Pelaksanaan skim ini bertujuan memberikan kemudahan kepada golongan sasaran untuk membuat pembelian takaful kenderaan secara ansuran tanpa faedah serta berkonsep patuh syariah Qardhul Hasan iaitu pinjaman tidak melibatkan faedah atau unsur riba, dilancarkan kepada penjawat awam bagi pembelian insurans kenderaan dan cukai jalan.

 

CIRI SKIM MYEZYCOVER

Berikut adalah merupakan ciri skim ini:

  • Kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus
  • Bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan boleh dibuat melalui Skim Potongan Gaji Angkasa (SPGA).

 

SYARAT KELAYAKAN SKIM MYEZYCOVER

Penjawat awam tetap dan bertaraf kontrak layak memohon skim pembiayaan insurans itu dengan syarat, nisbah hutang tidak melebihi 60 peratus daripada jumlah pendapatan bulanan.

 

KUMPULAN SASARAN SKIM MYEZYCOVER

Skim ini pada awalnya disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40. Namun skim ini akan diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.

 

TAWARAN SKIM MYEZYCOVER

  1. Pinjaman 0% Faedah
    • Pinjaman sifar faedah untuk pembaharuan takaful kereta dan cukai jalan
  2. Ansuran Sehingga 10 Bulan
    • Pembayaran ansuran yang ditawarkan untuk tempoh 3, 6 atau 10 bulan
  3. Skim Bayaran Balik Mudah
    • Pembayaran balik pinjaman melalui potongan gaji (Skim Potongan Gaji ANGKASA SPGA)

 

CARA BELI TAKAFUL / INSURANS SKIM MYEZYCOVER

Proses membeli takaful (insurans) ini , sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web DI SINI
  2. Klik butang ‘Sign Up.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  4. Log in dengan memasukkan email dan klik butang ‘Login.’
  5. Bandingkan insurans yang ingin diambil.
  6. Buat pembayaran. Anda boleh buat pilihan mohon pinjaman 0% atau buat pembayaran terus

 

PROGRAM PEMBIAYAAN INSURANS KENDERAAN KELUARGA MALAYSIA

  • Program pembiayaan insurans kenderaan myezycover.com itu merupakan kerjasama strategik antara agensi awam, Kementerian Sumber Manusia dan swasta, yang dimeterai oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) dan A Tech Insure Sdn Bhd.
  • Kerjasama strategik tiga penjuru antara PERKESO, ATECH dan ANGKASA menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyEzyCover.com membolehkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan mereka dengan lebih mudah dan tidak membebankan.
  • Insentif yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini menawarkan pembiayaan insurans kenderaan tanpa faedah dan patuh syariah, dengan tempoh pembayaran balik selama 10 bulan melalui potongan gaji.
  • Selaku pembiaya dalam pelaburan bebas risiko ini, ia secara tidak langsung merealisasikan hasrat PERKESO untuk memastikan lebih ramai pengguna jalan raya di negara ini dilindungi dan membantu mencapai matlamat organisasi untuk terus menerajui dan memperluas jaringan keselamatan sosialnya kepada segenap lapisan masyarakat.

 

ARTIKEL LAIN 

COVER NOTE INSURANS HILANG (CARA DAPATKAN SEMULA)

Leave a Comment