PENDAFTARAN TAHUN 1 2022: CARA PENDAFTARAN MURID KPM ONLINE (public.moe.gov.my)

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga, Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2022 telah dibuka secara online mulai 1 Mac 2021.
Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2022, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran Tahun 1 melalui permohonan online di laman web https://public.moe.gov.my/.
Baca juga tentang ePRASEKOLAH: CARA PENDAFTARAN PRASEKOLAH ONLINE SESI 2022 (RUJUKAN BERGAMBAR)
SYARAT PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2022
- Murid Tahun 1 Sesi 2022 : Lahir pada 2 Januari 2015 hingga 1 Januari 2016
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
TARIKH PERMOHONAN
- Tarikh Mula : 1 Mac 2021
- Tarikh Tutup : 30 April 2021
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2021
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2021
CARA PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2022 / 2023
Cara pendaftaran adalah seperti berikut:
- Pergi portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Maklumat lanjut tentang cara pendaftaran boleh rujuk : https://public.moe.gov.my/panduan/edr_manualpengguna.pdf
Ketahui juga tentang PERMOHONAN BTAR 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.