MyPHONE IN JPN: KEMUDAHAN GANTIKAN MyKAD ROSAK MELALUI TELEFON

JIKA sebelum ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah melaksanakan perkhidmatan gantian MyKad rosak secara atas talian, kini satu lagi kemudahan disediakan organisasi itu untuk pelangganya.
Dengan slogan “Anda telefon – Kami proses – Anda dapat”, JPN hari ini mengumumkan orang ramai kini boleh memohon gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan talian telefon.
Sudah tentu ianya sangat memberi kebaikan buat semua dan permudahkan sesiapa yang ingin membuat urusan permohonan gantian MyKad rosak.
Bagi setiap rakyat Malaysia mesti wajid mempunyai MyKad. Namun adakalanya terjadinya kerosakan pada MyKad. Adakan anda pernah membuat permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian di dalam telefon.
Jika anda tidak mengetahui, kali akan kongsikan berkaitan MyPhone-In JPN untuk anda membuat permohonan ganti Mykad anda yang telah mengalami kerosakan.
Selain dari menggunakan sistem gantian online, anda juga mempunyai pilihan untuk membuat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.
Baca juga tentang CARA TUKAR AMAUN iSINAR: PINDAAN AMAUN i-SINAR KEPADA JUMLAH PENGELUARAN MAKSIMUM MULAI 8 MAC 2021
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK PERKHIDMATAN MyPHONE-IN JPN
Sebelum anda membuat permohonan, anda mestilah mengetahui syarat-syarat . Anda digalakan untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana boleh jimatkan masa dan tenaga tanpa perlu beratur di kaunter JPN untuk perkhidmatan yang boleh anda lakukan sendiri melalui telefon.
- Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja
- Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)
- Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
- Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
- Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar
- Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter
Ketahui juga tentang mySIKAP JPJ ONLINE: PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE & LOGIN KALI PERTAMA
CARA GANTI MYKAD ROSAK MELALUI TELEFON
Jika anda ingin membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN, anda boleh buat panggilan ke talian berikut:
TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066
Waktu Operasi
- Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat
- Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang
- Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang
SENARAI PEJABAT JPN
Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/
ATAU hubungi
- 03-8000 8000
- Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia