MyNEPT ONLINE BANTU USAHAWAN

MyNEPT ONLINE BANTU USAHAWAN

MyNEPT ONLINE BANTU USAHAWAN

KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) memperkenalkan Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) bagi membantu usahawan mencari penyelesaian kepada kelemahan yang dihadapi oleh perniagaan masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, berkata penurunan prestasi kewangan disebabkan pandemik COVID-19 bukan menjadi penghalang kepada usahawan untuk terus berdiam diri tanpa berusaha untuk mengatasinya.

Beliau berkata, semasa krisis, ramai usahawan yang berjaya membuat keuntungan dan situasi itu membuktikan bahawa semua perniagaan mampu bangkit jika mempunyai perancangan rapi.

Baca juga tentang SYARAT & CARA PENDAFTARAN PROGRAM GLOW PENJANA MDEC 2020

“Melalui sistem MyNEPT, ia bukan saja membantu usahawan serta bakal usahawan mengenali kecenderungan diri, malah membantu mempersiapkan mereka mendepani cabaran Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

“Ia juga akan menjadi rujukan bersepadu untuk usahawan mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi. Ia adalah ujian sehenti dan memudahkan urusan semua pihak berkepentingan,” katanya selepas pelancaran MyNEPT di sini, hari ini.

Majlis dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, kementerian menyasarkan seramai 100,000 usahawan menduduki MyNEPT.

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 10,000 usahawan telah mengambil ujian psikometrik MyNEPT, yang dibangunkan oleh INSKEN pada 2019.

“Menjadi usahawan mempunyai cabaran tersendiri termasuk emosi, pendirian dan kedudukan, justeru ujian ini adalah untuk mengenal pasti di mana letaknya kelemahan.

“Menerusi keputusan yang diterima, mereka boleh mendapatkan bantuan dari segi latihan tambahan daripada pihak berkaitan termasuk agensi kerajaan seperti INSKEN, SME Corp dan lain-lain,” katanya.

MyNEPT  ONLINE BANTU USAHAWAN

Wan Junaidi berkata, MEDAC juga menyarankan semua agensi di bawah kementerian menggunakan sistem MyNEPT bagi membantu usahawan mengenali kecenderungan diri.

Beliau berkata, usahawan boleh melayari pautan https://www.mynept.com/ bagi membolehkan mereka mendapat keputusan ujian psikometrik MyNEPT secara percuma.

Sistem itu, katanya terbuka untuk semua pihak dan usahawan boleh membuat perbandingan skor bagi membantu mereka menambahbaik kemahiran perniagaan sedua ada berdasarkan kedudukan mereka dalam graf dan skor diperoleh.

“Terdapat 50 soalan yang wajib dijawab oleh usahawan yang mengambil masa dalam tempoh 15 minit,” katanya.

Leave a Comment