MUAT TURUN AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50

MUAT TURUN AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50

Bagi majikan yang sedang membuat permohonan Program Subsidi Upah(PSU) atau Wage Subsidy, anda pasti ingin mengetahui apakah dokumen Akuan PENGISYTIHARAN PSU50. Dokumen ini perlu disertakan semasa permohonan Program Subsidi Upah(PSU) atau Wage Subsidy. Apakah AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50?Sebelum kami kongsikan penjelasan tentang PSU50, kami akan kongsikan maklumat berkaitan dengan Program Subsidi Upah(PSU) atau Wage Subsidy.

MUAT TURUN AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50
CONTOH AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50

PROGRAM SUBSIDI UPAH(PSU)/WAGE SUBSIDY?

Merupakan langkah penambahbaikan kepada usaha Kerajaan untuk majikan mengekalkan pekerja. Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengekalkan pekerja mereka. Mengelakkan pekerja daripada dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan  adalah selama 3 bulan dan berkuatkuasa pada 1 April 2020.

SEMAK KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI UPAH(PSU)/WAGE SUBSIDY

  • Pekerja bergaji RM4,000 dan ke bawah
  • Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.
  • Majikan dan pekerja hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2020.
  • Majikan hendaklah mula beroperasi sebelum 1 Januari 2020.


DOKUMEN DIPERLUKAN
PROGRAM SUBSIDI UPAH(PSU)/WAGE SUBSIDY

Berikut adalah dokumen yang diperlukan bagi permohonan PROGRAM SUBSIDI UPAH(PSU)/WAGE SUBSIDY:

  • Senarai nama pekerja (terhad 100 orang pekerja)
  • Maklumat Akaun Bank Majikan (muka depan sahaja)
  • Salinan pengenalan pendaftaran bank panel majikan/MyCOID.
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB
  • Akuan PENGISYTIHARAN PSU50
  • Bukti sokongan adalah seperti penyata kewangan atau laporan jualan yang telah disahkan oleh pihak pengurusan atau lain-lain dokumen pengisytiharan berkaitan.

MAKLUMAT BUSINESS REGISTRTION NUMBER(BRN)
MAKLUMAT BRN

Maklumat Business Registration Number (BRN) adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.

Majikan perlu mengisi Borang BRN yang perlu dimuat turun dari capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my dan memuat-naik kembali ke laman sesawang tersebut setelah ianya dilengkapkan.

Maklumat Akaun Bank dan BRN syarikat seperti di atas diperlukan bagi tujuan pembayaran terus ke akaun majikan secara Electronic Fund Transfer (EFT).

AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50
Akuan PENGISYTIHARAN PSU50 ialah suatu dokumen pengesahan dan akujanji secara bertulis bahawa majikan mengesahkan atau mengisytihar perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan Program Subsidi Upah.

MUAT TURUN AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50
Sila muat turun Akuan PENGISYTIHARAN PSU50 disini.

2 thoughts on “MUAT TURUN AKAUN PENGISYTIHARAN PSU50”

Leave a Comment