PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) KWSP Guna i-Akaun Majikan

PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) KWSP Guna i-Akaun Majikan

VOLUNTARY EXCESS(VE)

Sekiranya anda ahli Kumpulan Wang Simapanan Pekerja (KWSP) yang ingin membuat permohonan berkaitan Voluntary Excess(VE) melalui i-akaun majikan, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU VOLUNTARY EXCESS(VE)

Voluntary Excess dalam talian (e-VE) merupakan kemudahan permohonan pendaftaran atau pembatalan Voluntary Excess (VE) bagi Syer Pekerja dan/atau Syer Majikan melalui i-Akaun (Majikan).

 

TARIKH PELAKSANAAN PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) KWSP

Kemudahan permohonan e-VE melalui i-Akaun (Majikan) akan dilaksanakan mulai 20 Mac 2022.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE)

Permohonan VE boleh dibuat oleh:

  1. Semua ahli KWSP (Warganegara dan Bukan Warganegara) yang belum mencapai umur 75 tahun,
  2. Semua majikan yang berdaftar dengan KWSP.

 

PROSES PENGENDALIAN PERMOHONAN PENDAFTARAN VE (SYER PEKERJA)

Proses pengendalian permohonan pendaftaran VE bagi Syer Pekerja adalah seperti berikut :

  1. Ahli perlu melengkapkan Borang KWSP 17A (AHL) / KWSP 18A (AHL) – Permohonan Pendaftaran / Pembatalan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja) yang boleh diperoleh di laman web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/
  2. Ahli perlu mengemukakan borang tersebut kepada majikan, dan majikan hendaklah mengunci masuk maklumat permohonan pekerja berkenaan melalui i-Akaun (Majikan).
  3. Borang yang diterima oleh majikan perlu disimpan sebagai rekod majikan (tidak perlu dikemukakan kepada KWSP).

 

CARA PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) GUNA I-AKAUN MAJIKAN

Berikut adalah merupakan cara Permohonan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (VE) Melalui i-Akaun (Majikan):

  1. LOG IN i-AKAUN (MAJIKAN)
    • Masukkan ID PENGGUNA, Klik Seterusnya
    • Masukkan KATA LALUAN, Klik Log Masuk
  2. PENGHANTARAN VOLUNTARY EXCESS (VE)
    • Hanya boleh diakses oleh “Administrator”
    • Klik LAIN-LAIN > VOLUNTARY EXCESS (VE)
    • Klik PERMOHONAN BAHARU
    • Majikan perlu memastikan pekerja yang hendak mencarum melebihi kadar berkanun syer pekerja perlu mengisi Borang KWSP17A(AHL)/KWSP18A(AHL) sebelum kunci masuk data. Klik OK.
  3. PILIH JENIS PERMOHONAN
    • Pilih Jenis Voluntary Excess > Syer Pekerja
    • Pilih Jenis Permohonan > Borang Kosong atau Salin daripada Penyata Caruman Terdahulu, Klik Seterusnya.
  4. TAMBAH PEKERJA
    • Klik Tambah Pekerja.
    • Pilih Kriteria Carian dan kunci masuk data.
    • Klik Carian.
    • Klik Tambah.
  5. POP UP MESEJ JIKA AHLI YANG DIKUNCI MASUK TIDAK MEMENUHI KRITERIA PENDAFTARAN VE
    • Ahli warganegara Malaysia berumur melebihi 14 tahun dan kurang daripada 75 tahun direjek kerana maklumat tidak dikemaskini (tarikh lahir). Maklumkan pekerja berkenaan untuk hadir ke kaunter KWSP berhampiran untuk mengemaskini maklumat.
    • Ahli warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang berumur melebihi 75 tahun tidak boleh mendaftar VE kerana tidak bertanggung untuk mencarum
  6. PILIH JENIS PERMOHONAN
    • Klik Pendaftaran untuk mendaftar VE bagi Syer Pekerja
  7. KUNCI MASUK DATA
    • Bagi Pendaftaran, majikan perlu kunci masuk Kadar Tambahan Baharu Syer Pekerja (%).
    • Bagi Pembatalan, Kadar Tambahan Baharu Syer Pekerja (%) akan paparkan 0%.
    • Pilih Bulan Upah Berkuat Kuasa. Bulan yang dipaparkan hanya bulan semasa dan dua bulan kehadapan.
    • Majikan boleh kunci masuk Kadar Tambahan Baharu Syer Pekerja (%) bagi semua pekerja dengan kadar yang sama di dalam kotak yang disediakan.
    • Namun, sistem akan auto kemaskini semua pekerja pada kadar yang sama termasuk pekerja yang memilih untuk membuat pembatalan.
    • Anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan pendaftaran dan pembatalan secara berasingan.
    • Majikan boleh kunci masuk Bulan Upah Berkuat Kuasa bagi semua pekerja dengan bulan yang sama di dalam kotak yang disediakan.
    • Sistem akan auto kemaskini semua pekerja pada Bulan Upah Berkuat Kuasa yang sama.
  8. PENGHANTARAN PERMOHONAN
    • Bulan Caruman Berkuat Kuasa adalah berdasarkan Bulan Upah Berkuat Kuasa (MM/YYYY) yang dipilih. Klik Seterusnya untuk menghantar permohonan.
    • Klik ikon untuk padam pekerja yang tersalah kunci masuk oleh majikan.
    • Klik Tetapan Semula untuk padam semua data yang telah dikunci masuk.
    • Klik Simpan sebagai Draf untuk menghantar permohonan VE kemudian.
    • Klik Kembali untuk ke skrin sebelum ini.
  9. PENGESAHAN MAJIKAN
    • Tick pada pengesahan majikan. Klik Hantar.
  10. RINGKASAN
    • Klik Muat Turun untuk mendapatkan notis.
    • Notis berstatus Dihantar.

 

MAKLUMAT LANJUT

untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Voluntary Excess(VE) guna i-akaun majikan, anda boleh merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

CARA DAFTAR HAJI GUNA KWSP (EPF HAJI REGISTRATION SCHEME)

2 thoughts on “PERMOHONAN VOLUNTARY EXCESS(VE) KWSP Guna i-Akaun Majikan”

Leave a Comment