PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP SEHINGGA RM1000

PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP SEHINGGA RM1000

BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP

 

 

Kepada pelajar yang belajar di Sekolah/ Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan yang berkelayakan, boleh cuba membuat permohonan bantuan pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy MAIWP. Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan, semoga membantu

 

APA ITU BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF ALLAHYARHAM AHMAD DAWJEE DADABHOY

Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy adalah seorang insan yang lahir pada 1907 di Gudjerat, India. Beliau menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul kekayaan hartanah dan saham.

Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasaan agama.

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF ALLAHYARHAM AHMAD DAWJEE DADABHOY

Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM4,850
  4. Tidak menerima bantuan pendidikan daripada mana-mana pihak / agensi.
  5. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di Sekolah/ Institusi Pendidikan di Wilayah Persekutuan.

 

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP

Tempoh permohonan bantuan pendidikan wakaf boleh dibuat mulai 27 Julai 2022 hingga 4 Julai 2022.

 

KADAR BANTUAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP

Berikut adalah merupakan kadar bantuan yang diberikan kepada pelajar mengikut peringkat pengajian :

  • Sekolah Rendah: RM300
  • Sekolah Menengah: RM400
  • Diploma: RM800
  • Ijazah: RM1000

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut untuk dilampirkan bersama borang permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon / Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 12 tahun ke bawah
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso bapa/ penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso ibu / pasangan penjaga
  • Salinan bil utiliti/ cukai pintu yang terkini
  • Salinan kad pelajar pemohon (bagi pelajar Institusi Pendidikan)
  • Salinan penyata akaun bank pelajar yang masih aktif / muka depan buku Bank tanpa kad/akaun bersama (bagi pelajar sekolah rendah) / buku akaun persendirian (bagi pelajar sekolah menengah)
  • Borang pengesahan maklumat individu bagi bayaran melalui pindahan secara eletronik (EFT)

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP

Kepada pelajar yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut: https://drive.google.com/file/d/1gLwXOf-bSrQg0I0uwUEefGHqWzvqBgpD/view
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat
  3. Hantar borang permohonan tersebut beserta dengan dokumen dsokongan yang diperlukan ke alamat berikut:
    • Pusat Wakaf MAIWP Sdn. Bhd. , Aras 26, Menara Imarah Wakaf (HQ Bank Islam), No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.
    • Emel : [email protected] atau

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy, sila layari laman website rasmi Pusat Wakaf MAIWP di pautan https://wakafwilayah.org/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN BULANAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP 2022 (Semak Tarikh Bayaran)

 

1 thought on “PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN WAKAF MAIWP SEHINGGA RM1000”

Leave a Comment